HUBUNGAN ANTARA KEPUASAN KERJA, KECERDASAN EMOSI, MOTIVASI DENGAN KOMITMEN ORGANISASI DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH TAMBUNAN

Authors

  • Nur Afny Juati Rural Education Unit, Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu,
  • Mohamad Nizam Nazarudin Rural Education Unit, Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu,
  • Zakiah Noordin Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Sabah
  • Jumadi Musa Rural Education Unit, Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu,
  • Hujaimah @ Siti Syafiqah Juhumin Rural Education Unit, Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu,

Abstract

Guru sekolah sangat memerlukan komitmen organisasi supaya mereka dapat menyumbang perkhidmatan, usaha dan tenaga mereka untuk organisasi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kepuasan kerja, kecerdasan emosi, motivasi dengan komitmen organisasi di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Tambunan. Seramai 175 orang guru dari empat buah sekolah menengah terlibat dalam kajian ini. Set soal selidik mengandungi 97 item berskala lima Likert telah digunakan bagi mengukur maklumbalas responden. Kaedah-kaedah statistik Kolerasi Pearson, Ujian-t dan Analisis Varian Sehala (ANOVA) telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan a) tidak terdapat perbezaan kepuasan kerja (t=1.739, p>0.05), kecerdasan emosi (t=0.203, p>0.05), motivasi (t=-0.248, p>0.05) berdasarkan jantina, b) tidak terdapat perbezaan kepuasan kerja [F(3, 174)=0.312, P=0.816] namun terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min kecerdasan emosi [F(3, 174)=5.724, P=0.001] dan motivasi [F(3, 174)=4.901, P=0.003].berdasarkan tempoh perkhidmatan dan c) terdapat hubungan yang signifikan antara kepuasan kerja (r=0.772, p<0.05), kecerdasan emosi (r=0.855, p<0.05) dan motivasi (r=0.856, p<0.05) dengan komitmen organisasi. Implikasi kajian ini adalah guru perlulah mempunyai kepuasan kerja, kecerdasan emosi, motivasi dan komitmen yang tinggi agar sentiasa berada di dalam keadaan stabil dan seterusnya membangunkan potensi pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nur Afny Juati, Mohamad Nizam Nazarudin, Zakiah Noordin, Jumadi Musa, & Hujaimah @ Siti Syafiqah Juhumin. (2024). HUBUNGAN ANTARA KEPUASAN KERJA, KECERDASAN EMOSI, MOTIVASI DENGAN KOMITMEN ORGANISASI DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH TAMBUNAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(36). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3187