BILANGAN SAMPEL BAGI KAJIAN KUASI EKSPERIMEN KEBERKESANAN PENGGUNAAN MODUL ROBOT M-SOLAT DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARA SOLAT FARDU SEKOLAH MENENGAH

Authors

  • Siti Fauziah Mohd Amin Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Sabariah Sharif Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Mad Nor Madjapuni Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Muralindran Mariappan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Kajian kuasi eksperimen berkaitan keberkesanan penggunaan Modul Robot M-Solat dalam pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) solat fardu memerlukan pengkaji menetapkan jumlah sampel berdasarkan populasi kajian. Namun begitu, selaku pengkaji novis, pengkaji perlu menetapkan jumlah sampel berpandukan bahan-bahan ilmiah berkaitan bilangan sampel sebenar yang diperlukan dalam kuasi eksperimen. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan memfokuskan pencarian bahan-bahan ilmiah berkaitan bilangan sampel yang relevan digunakan dalam kajian kuasi eksperimen dalam pendidikan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen. Hasil kajian mendapati penetapan bilangan sampel yang diperlukan dalam kajian kuasi eksperimen bergantung kepada sumber rujukan yang digunakan. Sejajar dengan itu, kajian ini menggunakan jadual power analisis bagi menetapkan jumlah sampel. Kajian ini bermanfaat dijadikan panduan awal bagi pengkaji novis yang menggunakan kajian kuasi eksperimen untuk menentukan bilangan sampel yang diperlukan dalam kajian mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Siti Fauziah Mohd Amin, Sabariah Sharif, Mad Nor Madjapuni, & Muralindran Mariappan. (2024). BILANGAN SAMPEL BAGI KAJIAN KUASI EKSPERIMEN KEBERKESANAN PENGGUNAAN MODUL ROBOT M-SOLAT DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARA SOLAT FARDU SEKOLAH MENENGAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(36). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3192