PENGARUH INOVASI TEKNOLOGI, PERANAN PENTADBIR DAN KESEDIAAN GURU TERHADAP PROFESIONALISME KEGURUAN SEKOLAH LUAR BANDAR

Authors

  • Muliyati Timbang Fakulti Pendidikan Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Abdul Said Ambotang Fakulti Pendidikan Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh Inovasi Teknologi, Peranan Pentadbir dan Kesediaan Guru terhadap Profesionalisme Keguruan Sekolah Luar Bandar di Sabah, Malaysia. Fokus kajian adalah berdasarkan rekabentuk inovasi teknologi, peranan pentadbir dan kesediaan guru terhadap profesionalisme keguruan sekolah luar bandar di Sabah. Kajian mengaplikasikan kaedah tinjauan dengan menggabungkan teknik persampelan keberangkalian berstrata, kluster dan rawak mudah. Berpandukan Krejcie dan Morgan (1970), sample kajian terdiri daripada 346 orang guru yang bertugas di sekolah luar bandar di negeri Sabah. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi. Teori dan model yang digunakan sebagai panduan kajian antaranya ialah Teori penyebaran Inovasi, Teori TMK dan keterselesaian tugas, Teori pembelajaran sosial, Teori Maslow, Teori Bandura, Model Penggunaan Teknologi, Model TAM (Technology Acceptance Modal) Model Professional Brante, Model Perubahan Organisasi, Model Kounin, Model Kepimpinan Servan Laub dan Teori Tingkah Laku Terancang. Analisis deskriptif yang digunakan ialah ujian min, kekerapan dan peratusan manakala ujian inferansi akan menggunakan ujian regrasi, Kolerasi Pearson, ujian-t dan ujian ANOVA sehala. Analisis deskriptif menunjukkan semua variabel diamalkan pada tahap tinggi. Ujian-t dan ANOVA sehala membuktikan terdapat perbezaan skor min yang signifikan semua variabel berdasarkan jantina, umur dan pengalaman mengajar. Ujian Kolerasi Pearson pula menunjukkan wujud hubungan signifikan Inovasi Teknologi (r=0.495, p<0.01), Peranan Pentadbir (r=0.536, p<0.01), dan Kesediaan Guru (r=0.780, p<0.01) dengan Profesionalisme Keguruan sekolah luar bandar di Sabah. Soalan kajian dianalisis menggunakan program Stastical Package for the Social Science (SPSS) version 22.0. Analisis laluan (SEM) menunjukkan kombinasi sumbangan variabel ketiga-tiga variabel bebas iaitu inovasi teknologi, peranan pentadbir dan kesediaan guru terhadap profesionalisme keguruan sekolah luar bandar di Sabah. Analisis laluan juga menunjukkan terdapat pengaruh secara langsung dan tidak langsung yang signifikan variabel-variabel bebas dengan variabel bersandar. Kajian menyumbangkan satu Model Profesionalisme Keguruan sekolah luar bandar di Sabah baharu yang diadaptasi dan digabungjalinkan bersama teori dan model terdahulu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Muliyati Timbang, & Abdul Said Ambotang. (2024). PENGARUH INOVASI TEKNOLOGI, PERANAN PENTADBIR DAN KESEDIAAN GURU TERHADAP PROFESIONALISME KEGURUAN SEKOLAH LUAR BANDAR. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(36). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3193