KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KEPENTINGAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DALAM KALANGAN PESAKIT YANG DATANG UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DI JABATAN PESAKIT LUAR (JPL) KLINIK KESIHATAN KINARUT KETIKA PANDEMIK COVID-19
Abstract
Pada dekad ini negara sedang berhadapan dengan krisis Covid-19 yang telah melanda seluruh dunia. Pelbagai pendekatan dan alternatif dilaksanakan pihak kerajaan agar pandemik ini dapat dikawal atau dihentikan sepenuhnya. Bagi menjayakan hasrat kerajaan terhadap penekanan arahan Perintah Kawalan Pergerakan perlulah diperkasakan. Justeru, matlamat utama kajian ini adalah untuk melihat apakah tahap pengetahuan dalam kalangan pesakit mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang datang untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kinarut. Kajian ini mengaplikasikan metodologi kajian secara kuantitatif iaitu tinjauan melalui soal selidik, manakala kaedah persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak convenient dengan responden seramai 200 orang pesakit dalam kawasan penempatan Kinarut. Analisis mengenai penilaian instrumen dan kaedah persampelan juga dibincangkan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan pesakit berada pada tahap yang sederhana dengan nilai min=3.610, SP=0.345. Bagi demografi Jantina iaitu nilai min=3.609, SP=0.323, berada pada tahap sederhana. Manakala, demografi Umur dengan nilai min=3.611, SP=0.435, juga berada pada tahap sederhana. Seterusnya tahap pendidikan dengan nilai min=3.601, SP=.324, juga pada tahap sederhana. Terdapat beberapa cadangan dan penambahbaikan yang juga diperincikan dalam kajian ini. Justeru, hasil analisis ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pesakit mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tinggal di sekitar Kinarut mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Baidi Baddiri, & Mohd Khairuddin Abdullah @ Jerry Bin Abdullah. (2024). KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KEPENTINGAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DALAM KALANGAN PESAKIT YANG DATANG UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DI JABATAN PESAKIT LUAR (JPL) KLINIK KESIHATAN KINARUT KETIKA PANDEMIK COVID-19. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(36). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3196
Issue
Section
Articles