KESAN DAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN PERMAINAN MATEMATIK MELALUI PROGRAM ‘JELAJAH MATEMATIK’

Authors

  • Yong Faezah Rahim Centre of Foundation Studies for Science Agricultural, Universiti Putra Malaysia, Malaysia
  • Norfifah Bachok Mathematics Department, Faculty of Science, Universiti Putra Malaysia, Malaysia
  • Muhammad Asyraf Asbullah Centre of Foundation Studies for Science Agricultural, Universiti Putra Malaysia, Malaysia
  • Siti Hasana Sapar Mathematics Department, Faculty of Science, Universiti Putra Malaysia, Malaysia
  • Norihan Md Arifin Mathematics Department, Faculty of Science, Universiti Putra Malaysia, Malaysia
  • Ahmad Nazri Mohamad Som Centre of Foundation Studies for Science Agricultural, Universiti Putra Malaysia, Malaysia
  • Mohammad Hasan Abdul Sathar Centre of Foundation Studies for Science Agricultural, Universiti Putra Malaysia, Malaysia
  • Nor Fadzillah Mohd Mokhtar Centre of Foundation Studies for Science Agricultural, Universiti Putra Malaysia, Malaysia
  • Ezad Hafidz Hafidzuddin Centre of Foundation Studies for Science Agricultural, Universiti Putra Malaysia, Malaysia
  • Mohammad Aidil Mohamat Johari Mathematics Department, Faculty of Science, Universiti Putra Malaysia, Malaysia

Abstract

Kejayaan negara ketika kita melalui abad ke-21 adalah bergantung kepada idea dan kemahiran bagi membentuk sebuah masyarakat saintifik dan inovatif. Matematik adalah asas bagi banyak bidang terutamanya sains, teknologi dan kejuruteraan. Walau bagaimanapun, matematik sering dilihat sebagai sukar bagi ramai pelajar akibatnya, menutup pintu kerjaya ke arah sains, teknologi dan kejuruteraan. Sistem pendidikan konvensional berpotensi menjauhkan mereka dari mengembangkan kemahiran insaniah mereka. Matlamat pendidik adalah untuk terus mencari dan memudahkan jenis aktiviti pengajaran yang membantu pelajar memahami konsep di sebalik masalah matematik, permainan yang memotivasikan mereka untuk mencari penyelesaian secara kreatif dan mengambil bahagian secara aktif bagi mempercepat pembelajaran mereka. Tujuan utama memperkenalkan permainan ke dalam kelas matematik adalah untuk memberi pelajar penglibatan dan keseronokan secara keseluruhan semasa bermain permainan matematik. Pemerhatian telah dilakukan di salah sebuah sekolah menengah di Sg Besar, Selangor bersama 250 pelajar Tingkatan Dua di bawah program “Jelajah Matematikâ€. Kami mempunyai empat jenis permainan yang telah dimainkan. Kami mendapati bahawa para pelajar sangat bermotivasi dan benar-benar melibatkan diri dalam permainan dan pada akhirnya, sikap mereka terhadap matematik semakin bertambah positif. Permainan menawarkan pelajar peluang untuk mengalami kejayaan, kepuasan, penglibatan aktif dan memperolehi keyakinan terhadap kebolehan matematik mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Yong Faezah Rahim, Norfifah Bachok, Muhammad Asyraf Asbullah, Siti Hasana Sapar, Norihan Md Arifin, Ahmad Nazri Mohamad Som, Mohammad Hasan Abdul Sathar, Nor Fadzillah Mohd Mokhtar, Ezad Hafidz Hafidzuddin, & Mohammad Aidil Mohamat Johari. (2024). KESAN DAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN PERMAINAN MATEMATIK MELALUI PROGRAM ‘JELAJAH MATEMATIK’. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(37). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3214