CABARAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DALAM KALANGAN GURU NOVIS PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

Authors

  • Tengku Sarina Aini Tengku Kasim Program Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
  • Nur Atikah Miasan Program Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
  • Yusmini Md. Yusoff Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Abstract

Pembelajaran abad ke-21 menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar dan pembelajaran aktif yang mengubah peranan guru kepada pemudah cara. Guru bertindak untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka sebagai proses pembelajaran. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting dalam menentukan hasil pembelajaran dapat dicapai. Walau bagaimanapun, kajian lepas mendapati pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 ternyata menyumbang kepada pelbagai bentuk cabaran kepada guru. Justeru, artikel ini membincangkan hasil kajian yang berjaya mengenalpasti bentuk cabaran yang dihadapi oleh guru novis dalam melaksanakan pembelajaran abad ke-21. Kajian telah dijalankan menggunakan reka bentuk kualitatif, secara temu bual semi berstruktur bersama 10 orang guru novis pendidikan Islam sekolah menengah. Dapatan kajian mendapati walaupun mereka berjaya mengaplikasikan pedagogi pembelajaran Abad ke-21, namun terpaksa berhadapan dengan beberapa bentuk cabaran. Dua bentuk cabaran yang dominan muncul sebagai tema untuk dibincangkan dalam artikel ini. Pertama, cabaran dalam memilih pendekatan pembelajaran dan kedua; cabaran untuk mengaplikasikan M-pembelajaran dengan efektif. Dapatan kajian memberi implikasi kepada para pendidik, terutamanya guru novis, untuk lebih memahami dan memiliki kemahiran abad ke-21 dengan lebih efektif agar mampu menyediakan generasi baharu yang berdaya saing dalam menghadapi kehidupan, seiring dengan perkembangan pesat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Nur Atikah Miasan, & Yusmini Md. Yusoff. (2024). CABARAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DALAM KALANGAN GURU NOVIS PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(37). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3216