HUBUNGAN SIKAP, KESEDIAAN DAN EFIKASI- KENDIRI GURU DENGAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL DI SABAH
Abstract
Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk melihat hubungan sikap, kesediaan dan efikasi-kendiri guru dengan pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) guru-guru sekolah menengah bandar di negeri Sabah. Tahap sikap, kesediaan dan efikasi-kendiri guru sebagai pemboleh ubah tidak bersandar. Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) merupakan pemboleh ubah bersandar. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Kajian yang dijalankan melibatkan 360 orang guru yang terdiri daripada sekolah daripada zon utara, zon selatan, zon pantai barat, zon pantai timur dan zon tenggara di negeri Sabah yang terpilih dengan menggunakan pensampelan kelompok dan rawak mudah. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Science (SPSS) versi 23.0 untuk mendapatkan keputusan kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara ketiga-tiga variabel bebas dengan variabel bersandar. Variabel efikasi kendiri menunjukkan hubungan yang paling kuat serta signifikan berbanding dengan dua lagi variabel dengan kekuatan hubungan 0.396 (p<0.01). Adalah diharapkan kajian ini akan dapat memberikan maklumat berguna untuk penambahbaikan pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional di setiap sekolah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Adriana Muhamad Akhir, Muhamad Suhaimi Taat, & Syahrul Nizam Salam. (2024). HUBUNGAN SIKAP, KESEDIAAN DAN EFIKASI- KENDIRI GURU DENGAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL DI SABAH . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(37). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3217
Issue
Section
Articles