PENCAPAIAN MURID TINGKATAN SATU DALAM UJIAN SOLAT FARDU DI DAERAH MEMBAKUT, SABAH
Abstract
Solat Fardu merupakan salah satu daripada tajuk ibadah bagi murid muslim tingkatan satu di sekolah menengah. Tajuk ini penting bagi memantapkan pencapaian solat fardu murid samada dari aspek teori mahupun amali. Selaras dengan itu, kajian ini dilakukan di sekolah menengah bertujuan untuk mengenalpasti pencapaian murid dalam ujian solat fardu. Kajian ini merupakan kajian deskriptif kuantitatif menggunakan instrumen Ujian Penguasaan Solat Fardu terhadap 100 orang murid tingkatan satu. Analisis data dilakukan mengikut gred mata pelajaran Pendidikan Islam dalam Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Hasil kajian menunjukkan 0% murid mendapat gred A, 3% murid mendapat gred B, 14% murid mendapat gred C, 18% murid mendapat gred D, 31% murid mendapat gred D dan 34% murid mendapat gred F. Dapatan kajian ini menunjukkan guru-guru Pendidikan Islam sekolah menengah di Daerah Membakut perlu merancang pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) solat fardu menggunakan pelbagai pendekatan, teori pembelajaran, kaedah dan bahan bantu mengajar (BBM) dengan efektif bagi memaksimumkan pencapaian solat fardu dalam kalangan murid.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Abdul Rahman Idris, Jusminah Paumat, & Mohd Rais Serubih. (2024). PENCAPAIAN MURID TINGKATAN SATU DALAM UJIAN SOLAT FARDU DI DAERAH MEMBAKUT, SABAH . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(37). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3219
Issue
Section
Articles