PROFESIONALISME DAN PENGARUHNYA TERHADAP KUALITI PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU TAHAP SATU LUAR BANDAR
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap profesionalisme dan pengaruhnya terhadap kualiti pengajaran guru dalam kalangan guru Bahasa Melayu tahap satu di keempat-empat PPD luar bandar Sabah iaitu PPD Tambunan, Keningau, Tenom dan Nabawan/Pensiangan. Menggunakan pendekatan kuantitatif kaedah tinjauan melalui edaran soal selidik bagi mengutip data ke atas 217 sampel. Instrumen yang terlibat dalam kajian ialah Profesionalisme Guru dan Kualiti Pengajaran Guru (PABest). Alat statistik SPSS deskriptif (min dan sisihan piawai) serta inferensi digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan menunjukkan aspek profesionalisme mencatatkan nilai skor min dan sisihan piawai 4.00 (sp= .296) dan Kualiti Pengajaran Guru, 4.15 (sp= .322), iaitu kedua-dua pada aras yang tinggi. Terdapat hubungan signifikan pada aras yang kuat antara profesionalisme (r =.561**, p=0.00<0.05) dengan kualiti pengajaran guru. Seterusnya analisis regresi menunjukkan profesionalisme secara signifikan telah menjelaskan sebanyak 42.7% (.427) daripada varians dalam kualiti guru. Justeru itu, kajian ini menyimpulkan bahawa aspek profesionalisme guru merupakan salah satu indicator penting dalam memacu keberkesanan penyampaian ilmu pengetahuan seterusnya menyumbang terhadap kualiti pengajaran guru. Oleh itu kajian ini mencadangkan agar aspek profesionalisme dijadikan antara elemen keutamaan dalam merancang rangka kerja pendidikan di negara ini agar kualiti pengajaran guru dapat dibudayakan dan ditingkatkan bagi memastikan kemenjadian dalam bidang akademik dan bukan akademik anak didik di sekolah dapat dicapai seterusnya hala tuju pendidikan berkualiti di negara ini lebih realistik.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Latipah binti Satangah @ Latifah Salim, & Mohd Khairuddin Abdullah. (2024). PROFESIONALISME DAN PENGARUHNYA TERHADAP KUALITI PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU TAHAP SATU LUAR BANDAR. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(37). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3228
Issue
Section
Articles