PEMBELAJARAN ABAD KE-21: IMPLIKASI TERHADAP SIKAP, MOTIVASI DAN PENCAPAIAN BAHASA MELAYU MURID SEKOLAH MENENGAH

Authors

  • V. Ravindran M. Veloo Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak
  • Adenan Ayob Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak

Abstract

Kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti pengaruh pembelajaran abad ke-21 terhadap sikap, motivasi, dan pencapaian murid dalam pembelajaran Bahasa melayu. Kemahiran abad ke-21 merupakan kemahiran pembelajaran yang penting dan sangat diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing pada abad ini. Pelbagai elemen dapat dikaitkan dalam kemahiran abad ke-21 ini. pelbagai elemen diperlukan pada zaman teknologi ini. Elemen ini meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran sains dan teknologi, kemahiran berfikir, kemahiran interpersonal, kemahiran intrapersonal, kemahiran 3m (membaca, mengira dan menulis), dan sebagainya. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. seramai 377 orang pelajar tingkatan empat aliran sains dan sastera daripada lima buah sekolah menengah kebangsaan di Zon Bangsar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dipilih sebagai sampel kajian. sampel kajian dipilih secara rawak mudah. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif, iaitu min dan sisihan piawai untuk melihat pengaruh pembelajaran abad ke-21 terhadap tahap sikap, motivasi, dan pencapaian pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaruh pembelajaran abad ke-21 banyak memberi kesan positif kepada sikap, motivasi, pencapaian pelajar ketika mempelajari bahasa melayu. Implikasi kajian ialah pembelajaran abad ke-21 memberi kesan positif kepada sikap dan motivasi pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

V. Ravindran M. Veloo, & Adenan Ayob. (2024). PEMBELAJARAN ABAD KE-21: IMPLIKASI TERHADAP SIKAP, MOTIVASI DAN PENCAPAIAN BAHASA MELAYU MURID SEKOLAH MENENGAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(37). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3229