KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DIKALANGAN PELAJAR DI JABATAN PERDAGANGAN POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN

Authors

  • Jamilah Hussain Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
  • Shukeri Mohamad Ros Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstract

Kaedah e-pembelajaran semakin luas digunakan sejak dari wabak pandemik convid 19. Kajian ini dilakukan untuk meninjau tahap penerimaan para pelajar terhadap pembelajaran secara e-pembelajaran dalam proses pembelajaran dalam kalangan pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Objektif kajian ini adalah untuk meninjau tahap penerimaan, keupayaan para pelajar dan impak pembelajaran secara e-pembelajaran. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisa kesediaan institusi menyediakan sumber-sumber bagi menjayakan e-pembelajaran. Analisa data berdasarkan maklum balas daripada 201 orang pelajar dari Jabatan Perdagangan bagi meninjau kesediaan, keupayaan dan pembelajaran secara e- pembelajaran dapat membantu pelajar Jabatan Perdangangan menguasai hasil pembelajaran mereka. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar tahu dan peka tentang e-pembelajaran dan mengetahui kebaikan atau manfaat yang mereka perolehi daripada e-pembelajaran berbanding kaedah konvensional. Walau bagaimanapun kemudahan fasiliti dan kemudahan internet menjadi penghalang kepada usaha murni ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Jamilah Hussain, & Shukeri Mohamad Ros. (2024). KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DIKALANGAN PELAJAR DI JABATAN PERDAGANGAN POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(38). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3236