PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HADIS DALAM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH HARIAN DI NEGERI PERAK
Abstract
Kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran hadis dalam pendidikan Islam sekolah menengah di negeri Perak. Bentuk penyelidikan ini menggunakan kaedah kuantitatif. Seramai 269 orang guru pendidikan Islam di sekolah menengah harian di negeri Perak dipilih sebagai responden kajian yang menggunakan teknik persampelan rawak. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min sisihan piawai. Dapatan kajian pada konstruk peruntukan masa berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.51, s.p =0.3). Manakala dapatan bagi konstruk Bahan Bantu Mengajar skor min keseluruhan item ialah (min=3.75, s.p=0.15) dan interpretasi adalah sederhana tinggi dan konstruk bagi kaedah pengajaran guru (kitabah) skor min keseluruhan item ialah (min=4.65, s.p=0.23) dan interpretasi pada tahap tinggi Kesimpulannya, dapatan utama kajian menunjukkan bahawa guru dapat melaksanakan kaedah pengajaran dengan baik untuk mempengaruhi pencapaian pelajar. Walaupun begitu peruntukan masa mengajar dan kemudahan bahan bantu mengajar perlu dipertingkatkan. Implikasi kajian menunjukkan pihak berkenaan perlu menambah peruntukan masa pengajaran dan memberi pendedahan penggunaan bahan bantu mengajar kepada guru, agar pelajar boleh menguasai dengan dan mempertingkatkan amalan sunnah di dalam kehidupan seharian sebagaimana pengajaran yang diperolehi daripada pembelajaran hadis di sekolah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
W Azizi Abdul Rahman, & Norhisham Mohamad. (2024). PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HADIS DALAM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH HARIAN DI NEGERI PERAK. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(38). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3237
Issue
Section
Articles