MEDIUM KOMUNIKASI GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN TILAWAH AL-QURAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN)
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti medium komunikasi guru pendidikan Islam dalam pengajaran dan pemudahcaraan bidang tilawah al-Quran kepada murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (ketidakupayaan pendengaran) sekolah rendah. Seramai dua orang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dari dua buah sekolah rendah yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi (ketidakupayan pendengaran) telah dipilih sebagai peserta kajian ini. Bagi memperolehi data, pengkaji menggunakan pendekatan kajian kualitatif iaitu dengan menggunakan tiga kaedah antaranya kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Disebabkan ketidakupayaan bagi murid-murid ini untuk bertutur, maka peserta-peserta kajian mempelbagaikan bentuk komunikasi dalam pengajaran dan pemudacaraan mereka. Hasil dapatan menunjukkan peserta kajian menggunakan pelbagai medium komunikasi dalam amalan (PdPc) tilawah al-Quran antaranya ialah BMKT, bahasa isyarat, lisan, ejaan jari, gerak badan dan tulis di papan putih. Secara keseluruhannya guru-guru menunjukkan kesungguhan dan minat yang mendalam untuk mendidik murid-murid yang mempunyai masalah pendengaran dalam pengajaran dan pemudahcaraan tilawah al-Quran. Semoga kajian ini dapat membantu guru-guru pendidikan Islam khususnya sebagai pemudahcara bagi mereka untuk berkomunikasi dengan murid-murid yang mempunyai ketikaupayaan pendengaran terutamanya dalam PdPc bidang tilawah al-Quran. Selain itu juga diharap kajian ini dapat menjadi panduan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam pendidikan al-Quran terhadap golongan ketidaupayaan pendengaran mengajar al-Quran samada kanak-kanak, remaja dan dewasa supaya pengajaran al-Quran lebih sistematik dan berkesan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Bahariah Ab Rahman, Azmil Hashim, & Hamdi Ishak. (2024). MEDIUM KOMUNIKASI GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN TILAWAH AL-QURAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN). INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(38). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3239
Issue
Section
Articles