MEMAHAMI KEPERLUAN PEMBINAAN MODUL RESILIEN-MINDFULNESS DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN RESILIEN MURID B-40 SEKOLAH MENENGAH

Authors

  • Zulliana Hasan School of Educational Studies, Universiti Science Malaysia
  • Nor Shafrin Ahmad School of Educational Studies, Universiti Science Malaysia
  • Zaleha Hasbullah SMK Ulu Kinta, Ipoh Perak

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk memahami kesedaran Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa (GBKSM) terhadap resilien murid B40, pendekatan mindfulness dan juga keperluan terhadap pembinaan Modul Resilien-Mindfulness bagi meningkatkan resilien murid daripada keluarga B40. Pendekatan kajian ialah secara kualitatif dengan menggunakan protokol temu bual secara semi struktur terhadap empat orang GBKSM yang dipilih secara bertujuan. Temu bual dijalankan bagi mengumpul maklumat tentang resilien murid B40, pemahaman tentang pendekatan mindfulness dan keperluan membangunkan Modul Resilien. Data temu bual dijadikan transkripsi dan dianalisis menggunakan Atlas.ti 8. Dapatan kajian menghasilkan tiga tema yang telah dikenal pasti. Tema tersebut ialah (1) Resilien (2) Mindfulness, (3) Keperluan modul. Signifikan dapatan analisis keperluan ini dapat memberi gambaran tentang isu yang berlaku dalam kalangan murid B40 serta keperluan pembinaan satu intervensi resilien untuk mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Zulliana Hasan, Nor Shafrin Ahmad, & Zaleha Hasbullah. (2024). MEMAHAMI KEPERLUAN PEMBINAAN MODUL RESILIEN-MINDFULNESS DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN RESILIEN MURID B-40 SEKOLAH MENENGAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(38). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3243