SIKAP GURU TERHADAP PERUBAHAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Authors

  • Nan Poh Lai Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Mei Kin Tai Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Abdull Kareem Omar Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap Sikap Guru Terhadap Perubahan (SGTP) dalam kalangan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) di Semenanjung Malaysia. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap SGTP berdasarkan dimensi Kognitif, Afektif dan Tingkah Laku. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kuantitatif yang menggunakan pendekatan tinjauan soal selidik. Seramai 384 orang guru SK merupakan responden dalam kajian ini. Dapatan kajian ini dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan skor min dan sisihan piawai. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap SGTP secara keseluruhannya berada pada kuadran Penerimaan (Min=4.38, SP=.57). Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan dimensi Kognitif (Min=4.53, SP=.71), dimensi Afektif (Min=4.18, SP=.68) dan dimensi Tingkah Laku (Min=4.43, SP=.59) SGTP berada pada kuadran Penerimaan. Kajian ini dapat menyumbang kefahaman kepada para guru tentang kepentingan sikap mereka terhadap perubahan yang dilaksanakan di sekolah. Dapatan kajian ini memberi makluman kepada pihak berkaitan untuk merancang program atau latihan yang sesuai bagi meningkatkan SGTP di sekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nan Poh Lai, Mei Kin Tai, & Abdull Kareem Omar. (2024). SIKAP GURU TERHADAP PERUBAHAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(38). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3246