ANALISIS SEMANTIK KOGNITIF DALAM PUISI CINTA TANPA TANDA: KONSEP METAFORA DAN IKON DARI PERSPEKTIF TEORI RUANG MENTAL
Abstract
Metafora ialah manifestasi asas atau konstituen yang wujud dalam sistem kognitif manusia. Walaupun puisi digambarkan sebagai seni retorik yang tercipta hasil imaginasi manusia, namun tidak seharusnya kita membataskan hanya dalam ruang lingkup kognitif semata-mata. Sebaliknya perlu diberikan tumpuan dari aspek semantik juga. Gagasan utama yang hendak diperkatakan di sini adalah unsur metafora tidak hanya berkisar pada aspek kognitif sahaja, sebaliknya turut meliputi persoalan yang lebih luas, iaitu merangkumi aspek psikologi, budaya, makna dan struktur ikonik. Oleh hal yang demikian, bagi mempertalikan dua gagasan utama ini, iaitu semantik kognitif dan semiotik, maka kajian ini akan menggunakan Teori Ruang Mental (Mental Space Theory) oleh Gilles Fauconnier (1985) sebagai landasan kajian. Koleksi puisi yang bertajuk ‘Cinta Tanpa Tanda’ oleh Sujiwo Tejo pula akan dimanfaatkan sebagai data kajian bagi menjawab objektif kajian yang dibina, iaitu menjelaskan fungsi metafora dan ikon yang terpancar dalam puisi yang mempunyai konstruksi tatabahasa yang agak kabur dan implikasi budaya yang luas. Hasil dapatan menunjukkan bahawa hubungan antara metafora dan ikon adalah bersifat sejajar, iaitu saling bertaut dalam proses rekonstruksi makna dalam minda manusia. Puisi yang kaya dengan implikasi tradisional banyak menggunakan konsep metafora-ikon bagi membentuk sebuah model kognitif budaya. Penggunaan metafora dan ikon dalam puisi membantu manusia untuk memahami ekspresi linguistik secara berstruktur dan bersistematik, sekali gus mengarah kepada pemahanan makna kontekstual. Oleh itu, jelaslah bahawa mekanisma kognitif yang meliputi struktur ujaran, kandungan semantik, unsur retorik dan interpretasi logik berupaya memperlihatkan bahawa metafora adalah cara berfikir yang ditakrifkan sebagai suatu pemetaan bersistem dan teratur melalui kaedah pengadunan konseptual (conceptual blending).Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Khairulanwar Abdul Ghani. (2024). ANALISIS SEMANTIK KOGNITIF DALAM PUISI CINTA TANPA TANDA: KONSEP METAFORA DAN IKON DARI PERSPEKTIF TEORI RUANG MENTAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(38). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3248
Issue
Section
Articles