SIGNIFIKASI KEUNIKAN DIVERSITI BUDAYA MASYARAKAT MAJMUK DISULAMI KEHARMONIAN, DISANTUNI PERPADUAN SEBAGAI NILAI TAMBAH KEPERCAYAAN KELUARGA DAN PEMANGKIN DIASPORA PELAJAR ANTARABANGSA MELANJUTKAN PENGAJIAN KE MALAYSIA

Authors

  • Irma Wani Othman Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Muhammad Safuan Yusoff Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd Kamal Mohd Shah Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sabah
  • Saifulazry Mokhtar Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Abang Mohd. Razif Abang Muis Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Syamsul Azizul Marinsah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Mazdi Marzuki Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Latar belakang Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa, agama, dan dilimpahi dengan kekayaan budaya yang wujud hasil dari keunikan masyarakat majmuk, merupakan aset vital pemangkin diaspora pelajar antarabangsa. Manakala pemilihan destinasi pengajian turut dipengaruhi secara signifikan oleh struktur sosial seseorang individu. Tuntasnya, kertas kerja ini memberi kefahaman berhubung signifikasi multi budaya dan konsensus keluarga sebagai sandaran pembuatan keputusan belajar ke luar negara. Pelibatan empat buah universiti awam ditentukan berdasarkan klasifikasi dan status universiti, latar belakang sejarah penubuhan universiti, persekitaran sosio politik serta populasi pelajar antarabangsa yang berdaftar di setiap satu universiti berkenaan. Kaedah temu bual mendalam dilakukan ke atas 40 pelajar antarabangsa telah menghasilkan data empirikal, seterusnya diproses secara analisis induktif. Transkripsi rakaman audio ditukarkan ke dalam bentuk teks bagi pengkategorian tema melalui proses pengekodan. Hasil dapatan membuktikan keputusan memilih Malaysia bukanlah semata-mata dipengaruhi oleh multi budaya masyarakat majmuk. Keunikan diversiti budaya Malaysia yang disulami dengan keharmonian dan disantuni oleh perpaduan telah memberi nilai tambah kepercayaan keluarga serta diri pelajar sendiri dalam menangani proses asimilasi persekitaran baru yang berbeza dari negara asal. Penemuan baru sumbangan kajian ini merujuk perkaitan di antara tema budaya dengan keseronokan mengembara, peluang mendalami budaya tempatan dan persekitaran pembelajaran kondusif sebagai elemen dominan menguji kemampuan pelajar beradaptasi dengan baik dalam sebuah persekitaran asing. Pendekatan kertas kerja ini mengutilasi data empirikal sebagai asas perbincangan. Pengaplikasian seleksi naratif dialog asal yang dipetik dari informan kajian, dipersembahkan bagi memberi gambaran sebenar pengalaman asimilasi pelajar antarabangsa. Kesalinghubungan tersebut turut boleh dimanfaatkan sebagai garis panduan pengurusan universiti agar peka terhadap implikasi multi budaya dan konsensus keluarga terhadap keputusan pengajian pelajar ke luar negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Irma Wani Othman, Muhammad Safuan Yusoff, Mohd Kamal Mohd Shah, Saifulazry Mokhtar, Abang Mohd. Razif Abang Muis, Syamsul Azizul Marinsah, & Mazdi Marzuki. (2024). SIGNIFIKASI KEUNIKAN DIVERSITI BUDAYA MASYARAKAT MAJMUK DISULAMI KEHARMONIAN, DISANTUNI PERPADUAN SEBAGAI NILAI TAMBAH KEPERCAYAAN KELUARGA DAN PEMANGKIN DIASPORA PELAJAR ANTARABANGSA MELANJUTKAN PENGAJIAN KE MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(39). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3249