ELEMEN TRANSFORMATIF DAN AKULTURASI DIRI DARI PENGALAMAN TAHUN PERTAMA PENGAJIAN DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA SEBAGAI WASILAH PRESTASI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR ANTARABANGSA

Authors

  • Irma Wani Othman Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd Kamal Mohd Shah Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sabah
  • Muhammad Safuan Yusoff Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd. Sohaimi Esa Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Romzi Ationg Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Habibah @ Artini Ramlie Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Muhammad Hasbi Abdul Rahman Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Aspek akademik memainkan peranan vital sebagai elemen transformatif yang berperanan membawa perubahan ke dalam kehidupan setiap individu. Antara matlamat utama pelajar menyambung pengajian di luar negara ialah bagi memperoleh pendidikan berkualiti tinggi. Pengalaman tahun pertama dianggap fasa penting melibatkan asimilasi diri, perubahan emosi, kejutan budaya dan nilai sosial yang mampu mempengaruhi pencapaian akademik pelajar antarabangsa. Perbincangan kertas kerja ini memperincikan faktor yang menyumbang kepada perbezaan pengalaman tahun pertama lebih bermakna dengan membandingkan proses asimilasi diri dan pencapaian akademik pelajar antarabangsa. Pendekatan kaedah kualitatif yang menggunakan teknik persampelan bertujuan telah melibatkan temu bual mendalam ke atas 40 orang pelajar antarabangsa dari empat buah universiti awam Malaysia. Hasil dapatan kajian menjana kefahaman refleksi diri berhubung sifat semula jadi golongan pelajar antarabangsa yang diterjemahkan melalui selektif naratif curahan perasaan, menggambarkan keterujaan, keinginan dan pengharapan mereka. Penemuan baru bagi kajian ini mengaitkan elemen transformasi dan asimilasi diri pelajar yang mempunyai kesalinghubungan dengan (i) Reputasi universiti awam Malaysia sebagai sebuah destinasi pengajian berprestij, (ii) Kualiti sistem pendidikan tinggi bersifat lebih komprehensif dan ‘versatile’, (iii) Fleksibiliti dan dinamika program akademik yang ditawarkan, (iv) Program pengajian berciri kontemporari dan ‘market driven’, dan (v) Nilai tambah penguasaan Bahasa Inggeris sebagai kaedah pembelajaran dan pengajaran. Tuntasnya, perkongsian data empirikal kajian ini diharap berupaya menjadi maklumat berguna kepada pihak pengurusan sumber manusia universiti yang mempunyai kebergantungan tinggi di atas enrolmen pelajar antarabangsa. Usaha ini seiring dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang digubal dengan visi mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah hab kecemerlangan pendidikan tinggi di persada antarabangsa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Irma Wani Othman, Mohd Kamal Mohd Shah, Muhammad Safuan Yusoff, Mohd. Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Habibah @ Artini Ramlie, & Muhammad Hasbi Abdul Rahman. (2024). ELEMEN TRANSFORMATIF DAN AKULTURASI DIRI DARI PENGALAMAN TAHUN PERTAMA PENGAJIAN DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA SEBAGAI WASILAH PRESTASI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR ANTARABANGSA . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(39). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3250