FENOMENOLOGI INSTITUSI KEKELUARGAAN DALAM PENTAFSIRAN DAN MAKNA PENGALAMAN HIDUP: KEUPAYAAN ADAPTASI KELUARGA SEBAGAI PIHAK SIGNIFIKAN PENENTU KEJAYAAN TUGASAN AHLI AKADEMIK EKSPATRIAT DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
Abstract
Makalah ini memberi kefahaman berhubung struktur sosial yang dilihat sebagai suatu fenomenologi yang mengacukan pemikiran seseorang berhubung pentafsiran dan makna pengalaman kehidupan dalam institusi kekeluargaan di mana kebolehan adaptasi keluarga sebagai pihak signifikan dalam penentuan kejayaan tugasan ahli akademik ekspatriat. Objektif kajian merungkai tafsiran ekspatriat berhubung keputusan berekspatriasi, di mana interpretasi tersebut diperbahaskan dengan mengambilkira kebolehan adaptasi keluarga sebagai pihak signifikan dalam penentuan kejayaan tugasan ahli akademik yang mempunyai kelangsungan dengan pengalaman institusi ekspatriasi di negara tuan rumah. Penyelidikan dilaksanakan dengan mengutilasikan kaedah kualitatif temu bual mendalam terhadap 20 ahli akademik ekspatriat yang dipilih dari tiga buah universiti awam Malaysia. Manakala kriteria responden yang bersesuaian pula merangkumi ciri-ciri seperti berikut iaitu (a) telah menetap sekurang-kurangnya setahun di Malaysia dengan menggunakan visa pekerja yang sah, (b) telah ditawarkan perjawatan sebagai kakitangan akademik serta telah memperbaharui kontrak perkhidmatan, (c) merupakan seorang ekspatriat berinisiatif sendiri dalam melakukan ekspatriasi dan (d) bekerja secara sepenuh masa dan tidak diklasifikasikan sebagai kakitangan pertukaran antara universiti mahupun yang sedang menjalani cuti sabatikal. Hasil kajian mendapati bahawa faktor keluarga merupakan pengaruh penyesuaian persekitaran kerjaya seseorang ekspatriat akademik semasa berkhidmat di Malaysia dan dilihat sebagai satu input berharga bagi ekspatriat akademik itu sendiri dalam menyesuaikan diri dalam kerjaya arena pendidikan tinggi negara sekaligus menggalakkan pengekalan ekspatriat akademik di industri pendidikan tinggi di Malaysia. Dua penemuan baru dikemukakan iaitu (i) sistem sokongan moral dan emosi memberi indikasi positif terhadap kejayaan tugasan antarabangsa, dan (ii) menyokong perkaitan jaringan sosial dengan masyarakat tempatan sebagai salah satu penentu kejayaan ekspatriat menyesuaikan diri dengan persekitaran negara tuan rumah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mohd Kamal Mohd Shah, Saifulazry Mokhtar, Irma Wani Othman, Muhammad Safuan Yusoff, Mohd. Sohaimi Esa, Romzi Ationg, & Habibah @ Artini Ramlie. (2024). FENOMENOLOGI INSTITUSI KEKELUARGAAN DALAM PENTAFSIRAN DAN MAKNA PENGALAMAN HIDUP: KEUPAYAAN ADAPTASI KELUARGA SEBAGAI PIHAK SIGNIFIKAN PENENTU KEJAYAAN TUGASAN AHLI AKADEMIK EKSPATRIAT DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(39). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3252
Issue
Section
Articles