UNIVERSITI SEBAGAI MEDAN PEMBENTUKAN KECEMERLANGAN AKHLAK MAHASISWA

Authors

  • Mazdi Marzuki Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Muhammad Hasbi Abd Rahman Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Khairul Gufran Kaspin Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohamad Basri Jamal Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Norshahrul Marzuki Mohd Nor Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Irma Wani Othman Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Universiti merupakan institusi pendidikan yang terakhir kepada seseorang mahasiswa sebelum mereka melangkah keluar untuk memasuki dunia pekerjaan. Namun begitu, sejak dasawarsa ini statistik menunjukkan bahawa berlaku pertambahan ketirisan budaya di mana berlaku kerendahan akhlak kepada pekerja terutamanya melibatkan jenayah kolar putih. Isu kerendahan akhlak ini juga telah berlaku di universiti juga semasa mahasiswa masih lagi belajar di universiti. Situasi ini dianggap sebagai ketirisan budaya. Impaknya daripada ketirisan budaya ini memberi kesan besar kepada mahasiswa. Sehubungan itu, universiti sebagai “tempat keramat’ dalam menuntut ilmu perlu memikul tanggungjawab besar bagi melahirkan mahasiswa yang cemerlang akademik dan juga cemerlang akhlak. Kecemerlangan akhlak mempunyai kepentingan yang tersendiri untuk diri, negara dan agama. Pelbagai kaedah boleh diimplementasikan di universiti bagi menjadi mahasiswa yang memiliki akademik dan akhlak yang seimbang bagi kepentingan kepada pembangunan negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mazdi Marzuki, Muhammad Hasbi Abd Rahman, Khairul Gufran Kaspin, Mohamad Basri Jamal, Norshahrul Marzuki Mohd Nor, & Irma Wani Othman. (2024). UNIVERSITI SEBAGAI MEDAN PEMBENTUKAN KECEMERLANGAN AKHLAK MAHASISWA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(39). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3253