PENELITIAN AWAL ASPEK KEFAHAMAN MAHASISWA TERHADAP KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA (FIS): TINJAUAN DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

Authors

  • Habibah @ Artini Ramlie Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Syamsul Azizul Marinsah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Saifulazry Mokhtar Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd. Sohaimi Esa Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd Kamal Mohd Shah Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sabah
  • Norshahrul Marzuki Mohd Nor Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Khairul Ghufran Kaspin Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) diperkenalkan kepada mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT) bermula sesi kemasukan September 2019. Pengenalan kursus ini merupakan inisiatif mantan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik bagi melahirkan mahasiswa yang mampu berfikir secara kritikal dan rasional, berhujah secara analitik dan sistematik di samping bertindak dengan lebih berhikmah dan berhemah dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran ideologi kontemporari. Kursus ini diwajibkan ke atas semua mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) termasuklah di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Pada pandangan umum, falsafah merupakan satu kursus yang sukar untuk difahami. Memandangkan Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) adalah satu kursus baharu, kajian ini dilihat relevan untuk dilaksanakan bagi mengkaji pemahaman mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) terhadap Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) yang wajib diikuti oleh mahasiswa bermula sesi kemasukan tahun 2020/2021. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan aspek kefahaman mahasiswa UMS terhadap kursus ini dianalisis secara deskriptif berpandukan instrumen soal selidik secara atas talian. Dapatan kajian menunjukkan aspek kefahaman mahasiswa UMS terhadap Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) adalah tinggi dan memberangsangkan. Ini membuktikan tanggapan bahawa kursus berkaitan falsafah adalah kursus yang susah dan tidak menarik perhatian mahasiswa adalah kurang tepat dan boleh diperhalusi demi memastikan kursus ini terus berperanan sebagai salah satu medium untuk membentuk budaya pemikiran baru di kalangan mahasiswa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Habibah @ Artini Ramlie, Syamsul Azizul Marinsah, Saifulazry Mokhtar, Mohd. Sohaimi Esa, Mohd Kamal Mohd Shah, Norshahrul Marzuki Mohd Nor, & Khairul Ghufran Kaspin. (2024). PENELITIAN AWAL ASPEK KEFAHAMAN MAHASISWA TERHADAP KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA (FIS): TINJAUAN DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS). INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(39). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3258