PEMAHAMAN TERHADAP KURSUS MASYARAKAT DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA DALAM KALANGAN PELAJAR DIPLOMA PELBAGAI ETNIK DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Abstract
Kebelakangan ini sering kali berlaku perselisihan faham berkaitan pemahaman budaya dan amalan dalam masyarakat pelbagai etnik di Malaysia sehingga menimbulkan kemarahan. Keadaan ini jika tidak diselesaikan akan menyebabkan ketegangan etnik dan boleh menganggu gugat keamanan negara. Melalui Kursus Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia yang ditawarkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kepada pelajar peringkat Diploma, pengkaji ingin mengenal pasti tahap pemahaman pelajar terhadap kursus ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan pemahaman pelajar terhadap Kursus Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia adalah sangat tinggi dengan purata min 4.21 ke atas. Majoriti memberikan respon sangat setuju bahawa kursus ini dapat memberikan pemahaman yang jelas kepada mereka mengenai kepelbagaian budaya yang ada. Kursus ini juga membantu pelajar mengenali masyarakat pelbagai etnik dengan penuh keyakinan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Norshahrul Marzuki Mohd Nor, Mohamad Basri Jamal, Khairul Gufran Kaspin, Muhammad Hasbi Abdul Rahman, Mazdi Marzuki, & Habibah @ Artini Ramlie. (2024). PEMAHAMAN TERHADAP KURSUS MASYARAKAT DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA DALAM KALANGAN PELAJAR DIPLOMA PELBAGAI ETNIK DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI). INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(39). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3261
Issue
Section
Articles