KEBERKESANAN PENDIDIKAN KESUKARELAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) KE ARAH MEMPERKASAKAN NILAI-NILAI INSANIAH

Authors

  • Mohamad Basri Jamal Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Khairul Gufran Kaspin Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Norshahrul Marzuki Mohd Nor Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mazdi Marzuki Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Muhammad Hasbi Abdul Rahman Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Habibah @ Artini Ramlie Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan Projek Sukarelawan Universiti Awam pada tahun 2017. Program Kesukarelawanan bermatlamat memberi pendedahan serta latihan kepada mahasiswa bagi meningkatkan kemahiran insaniah, jati diri dan tahap keperihatinan mahasiswa terhadap persekitaran mereka. Menyedari pentingnya pendidikan kesukarelawanan dalam diri mahasiswa dapat memupuk nilai-nilai murni terhadap masyarakat selaras dengan hasrat KPM untuk merakyatkan universiti, kajian ini dilakukan untuk mengetengahkan kepentingan aktiviti dan pendidikan kesukarelawanan dalam meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu temubual, kajian kepustakaan dan analisis kandungan. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini. Pertama, meningkatkan kefahaman berkenaan definisi sukarela, sukarelawan dan kesukarelawanan. Kedua, membincangkan bagaimana aktiviti kesukarelawanan dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa. Ketiga, mengenalpasti kerelevanan pendidikan kesukarelawanan terhadap masa depan mahasiswa. Hasil kajian mendapati melalui pendidikan dan aktiviti kesukarelawanan dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran membina hubungan dan kemahiran kerja berpasukan. Manakala menjadi sukarelawan dapat memupuk sikap saling membantu sesama manusia, tolong menolong, kasih sayang, ikhlas dan menguatkan jati diri.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohamad Basri Jamal, Khairul Gufran Kaspin, Norshahrul Marzuki Mohd Nor, Mazdi Marzuki, Muhammad Hasbi Abdul Rahman, & Habibah @ Artini Ramlie. (2024). KEBERKESANAN PENDIDIKAN KESUKARELAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) KE ARAH MEMPERKASAKAN NILAI-NILAI INSANIAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(39). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3262