PELAKSANAAN COMMUNITY BASED LEARNING (CBL) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI KURSUS KHIDMAT MASYARAKAT DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Authors

  • `Adlina Abdul Khalil Pusat Pengajian Umum, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah, Kedah, Malaysi
  • Syed Sultan Bee Packeer Mohamed Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia, Ke
  • Haslina Hassan Pusat Pengajian Umum, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah, Kedah, Malaysi
  • Azizah Ibrahim Pusat Pengajian Umum, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah, Kedah, Malaysi

Abstract

Proses pembelajaran di peringkat pengajian tinggi perlu melalui fasa transformasi sejajar dengan kehendak dan keperluan masa kini. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan tugasan yang diberikan sebaiknya menekankan aspek pembentukan modal insan. Dalam erti kata yang lain, mahasiswa perlu dibekalkan dengan konsep independent study, melihat masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan peka terhadap perubahan yang beralaku dalam masyarakat. Ini kerana, selepas bergraduat mahasiswa akan berada dalam komuniti. Kelompok komuniti di tempat kerja dan komuniti di luar tempat kerja. Aspek-aspek kemahiran yang diperolehi semasa belajar di universiti akan menjadi kayu ukur kepada kemampuan mahasiswa memberi khidmat terbaik kepada majikan mereka nanti. Pengajaran dan pembelajaran pada masa kini perlu dibuat penambahbaikan mengikut arus perubahan zaman. Stigma pemikiran masyarakat yang menyatakan pensyarah sebagai tenaga pengajar sahaja, perlu ditambah kepada pensyarah menjadi penasihat sesuatu projek atau tugasan yang diberikan kepada mahasiswa. Atas faktor ini, maka kajian dibuat untuk melihat bagaimana pelaksanaan Community Based Learning (CBL) dalam kursus Khidmat Masyarakat boleh dijadikan medium pengajaran berkesan dalam membina personaliti diri mahasiswa. Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan (tinjauan cross-sectional) dan data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif berdasarkan peratusan yang diperolehi hasil daripada edaran soal selidik.Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 239 pelajar peringkat Ijazah dari pelbagai latar belakang bidang pengajian dan institusi pengajian berbeza iaitu Uitm, UUM UniKL dan UniSHAMS. Kajian tertumpu kepada aspek kesan dan cabaran mahasiswa mengaplikasi CBL dalam kursus Khidmat Masyarakat. Dapatan kajian mendapati pembentukan personaliti pelajar seperti pembinaan keyakinan diri, sikap kepimpinan, berfikiran kritis berlaku apabila CBL diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun mereka berjaya mengaplikasikan pembelajaran CBL, namun terdapat sesetengah mahasiswa terpaksa berhadapan dengan beberapa bentuk cabaran. Antara bentuk cabaran yang dominan adalah terdapat perbezaan pandangan dengan ahli kumpulan, kerjasama tidak diberikan oleh komuniti dan kekangan kewangan. Namun atas dasar komited kepada tanggungjawab, para mahasiswa dapat menangani masalah yang dihadapi dengan cara berhikmah dan akhirnya dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

`Adlina Abdul Khalil, Syed Sultan Bee Packeer Mohamed, Haslina Hassan, & Azizah Ibrahim. (2024). PELAKSANAAN COMMUNITY BASED LEARNING (CBL) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI KURSUS KHIDMAT MASYARAKAT DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(40). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3275