EFIKASI KENDIRI GURU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Abstract
Efikasi Kendiri Guru adalah suatu proses kognitif yang membolehkan seorang individu mengukur tahap keyakinan diri sendiri dalam perubahan tingkah laku. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap Efikasi Kendiri Guru di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMK) di Semenanjung Malaysia. Tiga dimensi iaitu Penglibatan Pelajar, Strategi Instruksoinal dan Pengurusan Kelas yang diukur dalam kajian ini. Terdapat seramai 357 orang guru telah dipilih sebagai sampel kajian yang dipilih secara rawak. Data dikumpul melalui soal selidik dengan menggunakan instrumen Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES). Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk menerangkan tahap Efikasi Kendiri Guru. Dapatan kajian menunjukkan tahap Efikasi Kendiri Guru di SMK di Semenanjung Malaysia berada pada tahap tinggi (Min = 4.15, SP = .425). Dimensi Penglibatan Pelajar (Min = 4.11, SP = .443), Dimensi Strategi Instruksional (Min = 4.15, SP = .456) dan Dimensi Pengurusan Kelas (Min = 4.19, SP = .491).Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Liang Fei Shin, & Tai Mei Kin. (2024). EFIKASI KENDIRI GURU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(40). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3276
Issue
Section
Articles