PERANAN KESUKARELAWANAN STEM TERHADAP MODUL iV-STEM MENERUSI PEMBENTUKAN KEMAHIRAN STEM ATAS TALIAN
Abstract
Dalam suasana pandemik Covid-19 yang melanda dunia masa kini, aktiviti kesukarelawanan terus menerajui agenda penting dalam misi pembangunan negara. Penglibatan masyarakat terutama golongan belia dalam aktiviti kesukarelawanan amat penting dalam melahirkan masyarakat yang cakna dalam pelbagai isu seterusnya dapat mewujudkan pelapis pemimpin negara yang mempunyai hala tuju jelas dan berparadigma. Terdapat banyak aktiviti kesukarelawanan sosial yang disertai oleh golongan belia amnya, namun demikian, penglibatan kesukarelawanan dalam pendidikan STEM masih kurang diamalkan dalam kalangan mahasiswa universiti. Bukan itu sahaja, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, saban tahun jumlah pelajar yang mengambil mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) semakin berkurang. Minat dan kurang pendedahan tentang keseronokan pembelajaran subjek STEM menjadi faktor utama kekurangan bilangan pelajar yang menjurus aliran STEM. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mencadangkan mewujudkan pasukan sukarelawan STEM yang dikenali sebagai iV-STEM@Volunteers STEM, menghasilkan modul STEM atas talian iaitu kapsul iV-STEM dan mengaplikasikannya dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Kaedah statistik deskriptif digunakan untuk menilai program menerusi maklumbalas yang dianjurkan. Pendekatan lebih dekat telah dilaksanakan melalui program STEM atas talian dan beberapa pertandingan dianjurkan bagi menguji tahap penguasaan STEM pelajar. Setiap program STEM atas talian yang dianjurkan telah menggunakan sepenuhnya modul kapsul iV-STEM yang dibangunkan menggunakan elemen STEM. Analisis daripada kajian menunjukkan bahawa usaha kumpulan iV-STEM@Volunteers STEM memberi impak yang positif dalam usaha memperkasa pendidikan STEM sehingga enrolmen pengambilan bidang STEM mencapai 60% menjelang tahun 2023.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Ahmad Khudzairi Khalid, Nurul Balqis Nor’rah, Norbaiti Tukiman, & CT Munnirah Niesha Mohd Shafee. (2024). PERANAN KESUKARELAWANAN STEM TERHADAP MODUL iV-STEM MENERUSI PEMBENTUKAN KEMAHIRAN STEM ATAS TALIAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(40). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3277
Issue
Section
Articles