PEMBINAAN DAN PENGESAHAN SOAL SELIDIK FAKTOR KONTEKS PELAKSANAAN ELEMEN PENDIDIKAN STEM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU

Authors

  • Mohammad Azri Amatan SMK Likas Kinabalu, Sabah
  • Crispina Gregory K Han Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah
  • Vincent Pang Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Ketiadaan instrumen kajian penilaian faktor konteks pelaksanaan elemen pendidikan STEM menyebabkan kajian ini dilaksanakan. Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan dan mengesahkan Soal Selidik Faktor Konteks Pelaksanaan Elemen Pendidikan STEM dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Berdasarkan penerokaan literatur dan analisis soal selidik berkaitan yang sedia ada, konstruk dan item yang dikenalpasti menyumbang kepada konteks pelaksanaan elemen STEM dalam pengajaran dan pembelajaran guru telah berjaya dibangunkan. Kesahan muka dan kesahan kandungan instrumen melibatkan 13 orang pakar manakala, kesahan konstruk dan kebolehpercayaan instrumen disemak dengan menganalisis item-item soal selidik menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) Versi 25.0. Seramai 825 orang guru sekolah menengah dilibatkan dalam kajian ini. Muatan faktor untuk setiap item adalah dalam julat 0.538 hingga 0.819, manakala nilai kebolehpercayaan (alpha) item adalah a=0.965. Keputusan kesahan dan kebolehpercayaan adalah tinggi. Ini menunjukkan instrumen sesuai ditadbir untuk kajian sebenar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohammad Azri Amatan, Crispina Gregory K Han, & Vincent Pang. (2024). PEMBINAAN DAN PENGESAHAN SOAL SELIDIK FAKTOR KONTEKS PELAKSANAAN ELEMEN PENDIDIKAN STEM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(40). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3278