PEMAHAMAN AYAT BERUNSUR HADHF AL-JUMLAH DI DALAM SURAH YASIN DALAM KALANGAN GURU TAKMIR DI SELANGOR BERASASKAN KITAB TAFSIR PIMPINAN AL-RAHMAN
Abstract
Kewujudan Elipsis (al-Hadhf) merupakan satu keistimewaan al-Quran. Hal ini memberi petunjuk jelas bahawa al-Quran sarat dengan keindahan dan kedalaman makna yang perlu difahami berlandaskan ilmu. Manusia perlu memiliki ilmu untuk memahami wahyu Allah SWT serta menggunakan akal fikiran untuk memanfaatkan khazanah yang terdapat dalam al-Quran ini. Kajian ini bertujuan meneroka kefahaman guru-guru takmir terhadap ayat-ayat berunsur Hadhf al-Jumlah yang terdapat di dalam surah Yasin berdasarkan kepada Tafsir Pimpinan Al-Rahman. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan. Peserta kajian ini terdiri daripada guru-guru takmir di Selangor. Dapatan kajian ini diperoleh dengan menggunakan kaedah temu bual berstruktur. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat beberapa ayat al-Quran di dalam Surah Yasin mengandungi unsur Hadhf al-Jumlah. Melalui temubual, peserta kajian dari kalangan guru-guru takmir di negeri Selangor memberi respon positif mengenai kefahaman terhadap ayat-ayat Hadhf al-Jumlah di dalam Surah Yasin. Di harapkan hasil kajian ini dapat mendedahkan kepada masyarakat berkaitan ayat-ayat yang mempunyai unsur Hadhf al-Jumlah yang terdapat di dalam Surah Yasin selain mendedahkan kepentingan terjemahan yang tepat terhadap ayat-ayat al-Quran yang mengandungi unsur al-Hadhf, khususnya Hadhf al-Jumlah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mohamad Syukri Abdul Rahman, Md Noor Hussin, Muhammad Daoh, Ahmad Redzaudin Ghazali, Mohamad Rofian Ismail, Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Salman Zainal Abidin, & Sri Andayani Mahdi Yusuf. (2024). PEMAHAMAN AYAT BERUNSUR HADHF AL-JUMLAH DI DALAM SURAH YASIN DALAM KALANGAN GURU TAKMIR DI SELANGOR BERASASKAN KITAB TAFSIR PIMPINAN AL-RAHMAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(40). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3283
Issue
Section
Articles