KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENTADBIR SEKOLAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN IKLIM SEKOLAH

Authors

  • Mohd Akhmarudi Mohd Yusoff School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Siti Noor Ismail School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Faktor kepimpinan sesebuah sekolah adalah penting dalam mencorakkan iklim sekolah yang kondusif bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkesan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat hubungan antara kepimpinan instruksional dengan iklim sekolah di Sekolah Menengah Berprestasi Sederhana di Negeri Kelantan. Seramai 355 (L = 137, P = 218) orang responden telah terlibat dalam kajian ini dari 18 buah sekolah yang terlibat. Dua (2) jenis instrumen digunakan bagi mendapatkan data kajian, iaitu instrumen Principal Instructional Management Rating Scale oleh Hallinger dan Murphy (1985) dan instrumen School-Level Environment Questionnaire (SLEQ) oleh Johnson, Stevens dan Zvoch (2007). Kedua-dua alat ukur ini menggunakan skala interval tujuh mata. Data kajian kemudiannya dianalisis menggunakan program Statistical Package of Social Science (SPSS) versi 25 yang melibatkan analisis korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujudnya satu hubungan positif yang sangat kuat dan nilai ini adalah signifikan (r = .90, p < .01) bagi hubungan antara kepimpinan instruksional pentadbir sekolah dengan tahap iklim di sekolah tersebut. Dapatan kajian ini dapat dimanfaatkan oleh pemimpin sekolah sebagai panduan dalam menilai aspek kepimpinan yang telah mereka amalkan selama ini bagi membentuk iklim sekolah yang positif yang dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkesan. Selain itu, dapatan kajian ini juga boleh menjadi rujukan asas untuk meningkatkan pelbagai kemahiran kepimpinan instruksional seperti perkongsian visi, nilai, tugas dan tanggungjawab organisasi yang mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan iklim sekolah bagi mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan berkesan dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohd Akhmarudi Mohd Yusoff, & Siti Noor Ismail. (2024). KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENTADBIR SEKOLAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN IKLIM SEKOLAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(40). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3284