HUBUNGAN ANTARA EFIKASI KENDIRI DENGAN KOMITMEN KERJA GURU DI SEKOLAH BERPRESTASI SEDERHANA DI NEGERI KELANTAN

Authors

  • Musliza Jusoh School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Siti Noor Ismail School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) merupakan suatu proses penting yang menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar. Manakalan keberkesanan PdP pula bergantung kepada efikasi dan komitmen yang dimiliki oleh guru. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara efikasi kendiri dengan komitmen guru di sekolah menengah berprestasi sederhana di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan keratan rentas yang melibatkan responden seramai 351 orang guru dari 18 buah sekolah yang terlibat. Instrumen kajian terdiri daripada satu set borang soal selidik yang terdiri daripada 20 item bagi efikasi kendiri guru dan 13 item berkaitan komitmen guru. Data kajian di analisis menggunakan program Statistical Package of Social Science (SPSS) versi 25 yang melibatkan analisis korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan kuat yang signifikan antara efikasi kendiri guru dengan komitmen guru (r = 0. 85, p<0.1). Ini menunjukkan tahap efikasi kendiri seseorang guru mempunyai kesan terhadap komitmen guru. Apabila guru tersebut mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi, maka tahap komitmen kerja mereka juga akan meningkat. Justeru, pihak pentadbir sekolah hendaklah memastikan agar para guru dan staf di sekolah mereka sentiasa didedahkan dengan kursus dan bengkel pemantapan efikasi kendiri agar tahap efikasi kendiri mereka sentiasa pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada para pentadbir sekolah dan para guru dalam mengatur strategi pembangunan profesionalisme guru yang berterusan ke arah memantapkan tahap efikasi kendiri guru, yang mana seterusnya komitmen kerja yang tinggi dalam kalangan guru juga dapat dihasilkan. Dapatan kajian ini juga memberikan sumbangan yang bermakna kepada pengamal pendidikan dalam memantapkan etika profesionalisme guru menerusi elemen penting efikasi kendiri dan komitmen guru ke arah mengupayakan profesion keguruan di sekolah bagi merealisasikan kecemerlangan pendidikan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Musliza Jusoh, & Siti Noor Ismail. (2024). HUBUNGAN ANTARA EFIKASI KENDIRI DENGAN KOMITMEN KERJA GURU DI SEKOLAH BERPRESTASI SEDERHANA DI NEGERI KELANTAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(40). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3285