PEMBANGUNAN INSTRUMEN SIFAT INGIN TAHU TERHADAP PENDIDIKAN STEM SEKOLAH

Authors

  • Jamilah Ahmad Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Nyet Moi Siew Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Instrumen Soal Selidik Sifat Ingin Tahu terhadap pendidikan STEM (SSIT-STEM) dibangunkan untuk mengukur tahap sifat ingin tahu terhadap Pendidikan STEM dalam kalangan murid sekolah rendah. SSIT-STEM merangkumi sepuluh item yang terdiri daripada dua pecahan konstruk iaitu penerokaan dan penerimaan. Sampel terdiri daripada 166 orang murid Tahun Lima yang berusia 10 hingga 11 tahun dari lima buah sekolah rendah bandar di daerah Tawau, Sabah. Kajian ini mengaplikasikan Model Pengukuran Rasch untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen SSIT-STEM. Hasil analisis kesahan melalui kesesuaian item mendapati semua item dikekalkan kerana memenuhi syarat dalam julat outfit MNSQ, Outfit ZSTD dan PTMEA-CORR. Analisis polariti item melalui nilai PTMEA-CORR menunjukkan bahawa kesemua 10 item berada >0.00 (+). Nilai Raw Variance Explained by Measures 63.1% (cemerlang) dan nilai Unexplained variance dalam kontras pertama di bawah 15% menunjukkan bahawa instrumen mempunyai keekadimensian yang kuat dan mempunyai kesahan konstruk yang tinggi. Instrumen SSIT-STEM didapati mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai alfa Cronbach (KR-20) iaitu .93. Selain itu, SSIT-STEM mempunyai kebolehpercayaan item yang sangat baik dan nilai pemisahan item yang sederhana tinggi masing-masing dengan nilai .96 dan 4.83. SSIT-STEM juga mempunyai nilai kebolehpercayaan dan pemisahan responden yang tinggi iaitu masing-masing .92 dan 3.48. Kesimpulannya, SSIT-STEM mempunyai kesahan yang baik dan kebolehpercayaan yang tinggi dalam mengukur sifat ingin tahu terhadap Pendidikan STEM dalam kalangan murid Tahun Lima di sekolah rendah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Jamilah Ahmad, & Nyet Moi Siew. (2024). PEMBANGUNAN INSTRUMEN SIFAT INGIN TAHU TERHADAP PENDIDIKAN STEM SEKOLAH . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(40). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3286