KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA SEKOLAH DI PULAU NEGERI SABAH: SATU KAJIAN KES

Authors

  • Dexter Silam Faculty of Psychology and Education, University Malaysia Sabah, Malaysia.
  • Vincent Pang Faculty of Psychology and Education, University Malaysia Sabah, Malaysia.
  • Denis Lajium Faculty of Psychology and Education, University Malaysia Sabah, Malaysia.

Abstract

Menjelang abad ke-21, konsep asas kepimpinan instruksional tidak banyak berubah tetapi keperluannya masih relevan dan menjadi nadi penting bagi kepimpinan pengetua ke arah pencapaian kecemerlangan kurikulum di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan instruksional dan pelaksanaannya oleh pengetua sekolah pulau di negeri Sabah. Kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian kes ini melibatkan pengetua, penolong kanan kurikulum dan guru mata pelajaran sekolah sebagai peserta kajian. Data-data kajian yang dikumpul melalui kaedah temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian ATLAS. ti 8. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan kepimpinan instruksional dari aspek mendefinisi misi sekolah, mengurus program instruksional dan membentuk iklim sekolah yang positif sangat penting bagi memastikan kecemerlangan sekolah dapat dicapai. Pengetua sekolah pulau ini harus mengamalkan kepimpinan instruksional dalam kepimpinannya bukan sekadar untuk mencapai kecemerlangan kurikulum tetapi sebagai platform untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin perubahan di sekolah dalam memacu sekolah ke arah sekolah yang berkesan mengikut perubahan semasa. Kesimpulannya, amalan kepimpinan instruksional pengetua sekolah berkenaan sangat penting dalam memastikan kecemerlangan kurikulum dan keberkesanan PdP guru dapat dicapai secara terancang dan sistematik serta mampu mengikuti arus perubahan semasa dalam konteks pendidikan global.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Dexter Silam, Vincent Pang, & Denis Lajium. (2024). KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA SEKOLAH DI PULAU NEGERI SABAH: SATU KAJIAN KES. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(40). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3287