PENGAPLIKASIAN TEKNIK KUMPULAN NOMINAL UBAHSUAI DALAM KAJIAN PENILAIAN KEBOLEHGUNAAN MODEL FIQH IKHTILAF ‎SISWA PENDIDIK PENDIDIKAN ISLAM IPGM
Abstract
Berdasarkan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan ‎Pembangunan (DDR) yang diguna ‎pakai, sebuah Model Fiqh Ikhtilaf Siswa Pendidik ‎Pendidikan Islam IPGM telah direka bentuk ‎dan dibangunkan dengan penglibatan ‎sekumpulan pakar. Model yang telah terhasil ini ‎seterusnya perlu melalui proses penilaian ‎kebolehgunaan pada fasa berikutnya.‎ Kajian ini ‎bertujuan untuk menilai kebolehgunaan prototaip Model Fiqh Ikhtilaf Siswa ‎Pendidik ‎Pendidikan Islam IPGM. Kajian ini mengaplikasikan teknik NGT Ubahsuai. Seramai 26 orang ‎‎pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) telah dilibatkan sebagai penilai prototaip ‎model. Data ‎yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif dalam ‎bentuk peratusan. Dapatan ‎kajian menunjukkan bahawa kesemua 21 item yang dinilai telah ‎mencapai status sesuai untuk ‎digunakan iaitu melebihi nilai skor 70 %. Dapat ‎disimpulkan juga bahawa, teknik NGT mampu ‎menjimatkan masa dan kos untuk ‎memperoleh data yang diperlukan dari pakar penilai yang ‎dilantik.‎Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Ahmad Khairudin Taha, & Atikullah Abdullah. (2024). PENGAPLIKASIAN TEKNIK KUMPULAN NOMINAL UBAHSUAI DALAM KAJIAN PENILAIAN KEBOLEHGUNAAN MODEL FIQH IKHTILAF ‎SISWA PENDIDIK PENDIDIKAN ISLAM IPGM. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(40). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3290
Issue
Section
Articles