NILAI MORAL DALAM SAJAK ‘KE MAKAM BONDA’ OLEH USMAN AWANG: SATU ANALISIS BAHASA, NILAI DAN STRUKTUR SERTA KAITANNYA DENGAN KONSEP DAKWAH

Authors

  • Saifulazry Mokhtar Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Nurulsyikin Muda Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan
  • Irma Wani Othman Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Mohd Sohaimi Esa Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Rekayasa bahasa dalam sebuah sajak sangat tinggi nilainya. Adakala bahasa yang dicoretkan dalam bait-bait sajak menjurus kepada makna tersurat dan tersirat. Pengolahan makna dan maksud bahasa tersebut sebenarnya bergantung kepada kefahaman pengarang sajak dan penghayatan oleh pendengarnya. Bahasa dalam sajak sememangnya mempunyai nilai moral yang berguna buat khalayak pembaca serta memacu ke arah penerapan nilai dakwah dalam kehidupan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat nilai moral dalam sajak “Ke Makam Bonda†dari aspek bahasa, nilai dan struktur menerusi teori relevans. Selain itu, pengkaji turut melihat hubungan antara bahasa, nilai dan struktur dalam bait-bait sajak tersebut dikaitkan dengan unsur-unsur dakwah sehingga ia mendatangkan kesedaran kepada pendengar. Hasil dapatan kajian mendapati penggunaan bahasa, penerapan nilai serta penyusunan struktur yang sistematik apatah lagi diimplementasikan sajak tersebut ke genre lagu bercorakkan nasyid tradisional menambahkan lagi tahap penghayatan pendengar terhadap mesej yang disampaikan. Kesan pengadaptasian tersebut telah mendatangkan impak yang positif kepada masyarakat sehingga ia menjadi alunan irama yang tenang di dengar dan meninggalkan kesan nasihat dan mesej dakwah yang sangat berguna. Ini jelas menunjukkan bahawa implememtasi gaya bahasa dalam sajak Usman Awang tersebut amat sesuai dengan penghayatan masyarakat sejak dahulu sehingga kini sehingga ia berjaya dimelodikan oleh sesiapa sahaja.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Saifulazry Mokhtar, Nurulsyikin Muda, Irma Wani Othman, & Mohd Sohaimi Esa. (2024). NILAI MORAL DALAM SAJAK ‘KE MAKAM BONDA’ OLEH USMAN AWANG: SATU ANALISIS BAHASA, NILAI DAN STRUKTUR SERTA KAITANNYA DENGAN KONSEP DAKWAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(41). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3298