KOSA KATA BAHASA ARAB AL QURAN BERSIFAT KAUNIYAH UNTUK PELAJAR PERINGKAT PERMULAAN; ANALISIS JUZUK 30
Abstract
Kajian ini mempunyai objektif untuk menyenaraikan kosa kata kauniyah dari juzuk 30 agar boleh dimanfaatkan oleh penulis buku dan para pembaca terutamanya kanak-kanak dalam mempelajari kosa kata awal yang kebanyakannya berkaitan sains, bersesuaian dengan amalan pemerhatian sekeliling. Berdasarkan buku-buku yang telah dihasilkan, tiada senarai kosa kata lengkap berkaitan dengan kosa kata awalan dalam dunia sains menurut al Quran dihasilkan sehingga kini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis ayat-ayat al-quran dari juzuk 30 dengan menyenaraikan kosa kata berkaitan dengan kauniyah. Setiap kosa kata yang ditemui akan direkodkan di dalam jadual dan ditulis kekerapan kosa kata tersebut. Ianya akan ditulis menggunakan perkataan Arab dalam bentuk perkataan asal tanpa menitikberatkan kepada imbuhan dan akan merekodkannya sebagai ulangan sekiranya ia didapati berulang sepanjang analisis dijalankan. Setelah itu kiraan akan dibuat dan akan direkodkan dalam jadual yang sama bagi melihat kekerapan kosa kata yang muncul melalui analisis ayat-ayat al-quran dalam juzuk ke-30. Satu senarai yang lengkap akan dihasilkan sebagai dapatan kajian yang merangkumi perkataan asas atau perkataan asal kepada semua perkataan-perkataan yang mempunyai imbuhan tersebut beserta maknanya dalam bahasa Melayu. Hasil kajian mendapati, terdapat 74 kosa kata kauniyah dan Sebanyak 21 perkataan mengalami pengulangan sekurang-kurangnya 2 kali iaitu; manusia, bumi, langit, malam, api, gunung, air, makanan, mata air, pagi dhuha, keluarga, wajah, anggur, bintang yang cahanya bersinar, dada, individu, kubur, laut, matahari, sungai dan tanah. 4 perkataan yang mengalami 10 kali pengulangan dan lebih adalah manusia, bumi, langit dan malam. Secara umumnya, 4 perkataan ini sesuai menjadi kosa kata kunci asas kepada pengembangan kosa kata lain yang berkaitan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Nurulasyikin Muda, Saifulazry Mokhtar, Wan Hurani Osman, & Romzi Ationg. (2024). KOSA KATA BAHASA ARAB AL QURAN BERSIFAT KAUNIYAH UNTUK PELAJAR PERINGKAT PERMULAAN; ANALISIS JUZUK 30. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(41). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3299
Issue
Section
Articles