ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN DI AMBANG KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Authors

  • Mohd. Sohaimi Esa Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia.
  • Romzi Ationg Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia.
  • Irma Wani Othman Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia.
  • Herlina Jupiter Penerbit UMS, Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Pada masa kini, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi salah satu identiti bagi rakyat Malaysia. Identiti yang dibina selama ini menjadi wadah kepada perpaduan nasional. Realitinya, bahasa bukan setakat menjadi alat komunikasi, tetapi lebih penting bahasa itu menunjukkan bangsa dan bahasa merupakan jiwa bangsa. Bahasa juga amat besar peranannya dalam membentuk jati diri, memupuk semangat kekitaan (esprit de corps), integrasi dan maruah dalam membina negara bangsa yang berdaulat lagi merdeka. Namun begitu, sebelum menjadi bahasa kebangsaan terdapat banyak isu dan cabaran bahasa Melayu jika ditinjau sebelum menjelangnya kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Justeru itu, kertas kerja ini akan merungkai dari perpektif sejarah tentang isu dan cabaran yang dihadapi dalam memastikan Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC, serta penduduk Tanah Melayu memperolehi kata sepakat dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dengan menggunakan pendekatan kajian kualitiatif berasaskan disiplin sejarah yang berasaskan sumber primer dan sekunder akan dihuraikan secara naratif analitikal untuk melihat secara kronologi sebelum bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa tidaklah mudah untuk merealisaikan impian bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang diperjuangkan khususnya oleh UMNO, dan amnya orang Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohd. Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Irma Wani Othman, & Herlina Jupiter. (2024). ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN DI AMBANG KEMERDEKAAN TANAH MELAYU. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(41). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3301