INDIKATOR PENGARUH SOSIAL DALAM PENGUASAAN BAHASA DAN KESALINGHUBUNGAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR ANTARABANGSA
Abstract
Kajian ini meneroka indikator sosial yang memberi kesan terhadap pengalaman pembelajaran pelajar antarabangsa bagi penguasaan bahasa serta hubungannya dengan prestasi akademik di sesebuah institusi pengajian tinggi. Seramai 20 responden yang terdiri daripada pelajar antarabangsa dengan pelbagai kewarganegaraan telah ditemubual bagi mendapatkan data yang diperlukan. Kajian mendapati bahawa penguasaan bahasa menjadi penghalang utama penyesuaian akademik dan sosial pelajar antarabangsa dengan beberapa lagi indikator akademik seperti aktiviti dalam kelas, kaedah dan sistem penilaian serta rindu dan kesunyian telah mempengaruhi prestasi akademik mereka. Melalui metod kualitatif, penyelidikan ini juga mendapati bahawa pelajar antarabangsa mempunyai beberapa inisiatif untuk memudahkan penyesuaian antaranya termasuklah meningkatkan kecekapan berbahasa, pengurusan masa dan pergaulan dengan individu lain. Justeru, kajian telah memperlihatkan bahawa terdapat kesalinghubungan di antara indikator sosial tersebut dengan pencapaian akademik para pelajar antarabangsa.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Herlina Jupiter, Irma Wani Othman, Muhammad Safuan Yusoff, & Nurulsyikin Muda. (2024). INDIKATOR PENGARUH SOSIAL DALAM PENGUASAAN BAHASA DAN KESALINGHUBUNGAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR ANTARABANGSA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(41). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3302
Issue
Section
Articles