RELEVANSI AKTA PENDIDIKAN 1996 MEMACU VISIBILITI DAN MEMARTABAT BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU DALAM SEKTOR PENDIDIKAN NEGARA
Abstract
Relevansi Akta Pendidikan 1996 seiring usaha menggerak dan memartabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dibahaskan sebagai kewajaran pihak pemerintah yang cuba meletakkan kedudukan bahasa kebangsaan untuk diangkat menjadi bahasa pengantar dalam sektor pendidikan negara. Selaras dengan objektif memperkasakan bahasa kebangsaaan demi membina negara bangsa, penggubalan undang-undang berkaitan hal ehwal pendidikan telah diperkenalkan bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran dalam sistem persekolahan, lantas melahirkan keikhlasan diri serta kesungguhan generasi muda membudayakan bahasa ibunda. Pendekatan kualitatif ini bertumpu kepada kaedah analisis kandungan di mana data sekunder digarap dari hasil penelitian himpunan akta-akta, buku ilmiah terpilih, seleksi jurnal, bahan-bahan bercetak berkaitan dan informasi digital yang signifikan dengan intipati perbahasan dalam penulisan ini. Bersandarkan kajian bersifat inaugurasi, pemilihan isu-isu diketengahkan melingkari pokok utama perbahasan yang mengaitkan penerapan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama melalui sistem persekolahan dan pengajian tinggi negara dalam sektor pendidikan negara. Dalam konteks ini, kesalinghubungan Akta Pendidikan 1996 dilihat sebagai satu perlaksanaan dan pematuhan undang-undang yang saling melengkapi, justeru memperakui kesahan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hala tuju yang mendepani kajian setara seumpama ini wajar bersifat eksplorasi bagi merungkai pentafsiran masyarakat pascamodenisme berhubung iltizam warga negara mendukung bahasa ibunda. Bukan sahaja bersandarkan kemampuan diri untuk menguasai pertuturan dalam kehidupan seharian, bahkan berusaha gigih ke arah memacu visibiliti dan memartabat keunggulan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pada peringkat profesional di persada dunia.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Irma Wani Othman, Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg, & Nurulsyikin Muda. (2024). RELEVANSI AKTA PENDIDIKAN 1996 MEMACU VISIBILITI DAN MEMARTABAT BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU DALAM SEKTOR PENDIDIKAN NEGARA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(41). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3303
Issue
Section
Articles