BIASAKAN YANG BAHARU: ANALISIS GAYA KEPIMPINAN PEMIMPIN SEKOLAH SEMASA PANDEMIK COVID-19
Abstract
Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah membawa perubahan kepada gaya kepimpinan pemimpin sekolah di Malaysia. Bagi mengimbangi cabaran kepimpinan semasa pandemik dan kepesatan teknologi, pemimpin sekolah perlu berfikiran futuristik membiasakan yang baharu dalam gaya kepimpinan. Justeru, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti fungsi-fungsi dan tingkah laku gaya baharu kepimpinan pemimpin sekolah. Hasil analisis soal selidik yang dikutip daripada 103 responden (Pengetua=74) dan (Guru besar=29) menggunakan SEM AMOS telah berjaya mengenal pasti dan mengesahkan sembilan fungsi dan 42 tingkah laku dalam gaya baharu kepimpinan pemimpin sekolah. Fungsi-fungsi tersebut adalah mesyuarat maya, forum atau diskusi maya, perkongsian maklumat baharu, perkongsian fail, komunikasi maya, penyeliaan pengajaran berbantukan teknologi digital, memantau prestasi murid berbantukan teknologi digital, mempromosi perkembangan dan professional. Kajian ini diharapkan dapat memberi impak yang besar kepada pemimpin sekolah dalam mempraktikkan gaya baharu kepimpinan di sekolah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mat Rahimi Yusof, Yahya Don, Mohd Faiz Mohd Yaakob, M.S. Omar-Fauzee, & Pang Lai Chaw. (2024). BIASAKAN YANG BAHARU: ANALISIS GAYA KEPIMPINAN PEMIMPIN SEKOLAH SEMASA PANDEMIK COVID-19. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(42). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3310
Issue
Section
Articles