HUBUNGAN ANTARA KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (KPP) DENGAN MOTIVASI GURU DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH JELI

Authors

  • Siti Noor Ismail Institute of Excellent Teachers and Leaders in Education, School of Education, Universiti Utara Mala
  • Wan Rosni Wan Yakob Department of Haematology, Transfusion Medicine Unit, Universiti Sains Malaysia, Malaysia
  • Noraida Mustapai Sekolah Menengah Kebangsaan Putri Saadong, Bachok, Kelantan, Malaysia
  • Tuan Roslina Tuan Mat Sekolah Kebangsaan Othman Talib 1, Pasir Mas, Kelantan, Malaysia

Abstract

Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) merupakan satu strategi bagi menggalakkan kolaborasi dalam kalangan guru-guru di sekolah agar kualiti pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian murid-murid dapat ditingkatkan. Walaubagaimanapun, amalan KPP masih lagi tidak dapat diimplimentasikan sepenuhnya kerana masih terdapat pemimpin sekolah yang tidak cekap dalam pengurusan dan juga guru-guru kurang memahami amalan KPP ini dengan lebih mendalam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap Amalan KPP dan tahap motivasi guru di lima buah sekolah menengah harian, Daerah Jeli. Kaedah kuantitatif digunakan di mana soal selidik adalah sebagai instrumen kajian. Seramai 171 orang guru di sekolah-sekolah berkenaan telah mengambil bahagian dengan menjawab soal selidik yang telah diedarkan. Instrumen kajian bagi mengukur amalan KPP diadaptasi daripada Professional Learning Community Assessment-Revised (PLCA-R) manakala Assessment of Teacher Motivation Questionnaire (ATMQ) pula digunakan untuk mengukur tahap motivasi guru. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0. Hasil kajian mendapati bahawa amalan KPP dan motivasi guru dilaksanakan pada tahap yang tinggi. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa amalan KPP amat penting untuk dilaksanakan di sekolah bagi meningkatkan motivasi guru yang seterusnya dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran ke arah kecemerlangan pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Siti Noor Ismail, Wan Rosni Wan Yakob, Noraida Mustapai, & Tuan Roslina Tuan Mat. (2024). HUBUNGAN ANTARA KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (KPP) DENGAN MOTIVASI GURU DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH JELI. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(42). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3311