PENGARUH MEDIA SOSIAL TERHADAP PENAMPILAN AKHLAK
Abstract
Kesan penggunaan media sosial terhadap tingkah laku dalam kalangan remaja pada zaman sekarang perlu diberi perhatian yang serius. Ramai remaja terpengaruh dengan paparan yang dikongsikan dalam media sosial dan menyebabkan timbulnya masalah tingkahlaku negatif di rumah atau di pusat-pusat pengajian. Kewujudan masalah-masalah dalam kalangan remaja ini pasti ada faktor atau punca yang perlu di kenalpasti. Oleh itu kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti tahap kekerapan penggunaan media sosial dan hubungannya dengan penampilan tingkah laku dalam kalangan pelajar kolej komnuniti dari segi pergaulan, komunikasi, berpakaian dan penghiburan. Media sosial dan kesannya terhadap remaja adalah isu yang sangat luas dan perlu dikaji secara mendalam sepanjang masa memandangkan perkembangannya dan kepesatannya sentiasa berlaku. Pengkaji hanya meberi fokus terhadap tiga jenis media sosial sahaja iaitu Facebook, Youtube dan Instagram. Kajian ini dilakukan secara kualitatif menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan membuat penelitian ke atas buku dan Jurnal. Dapatan yang telah di kenalpasti menunjukan terdapat banyak kebaikan dan keburukan media sosial terhadap remaja khususnya dalam aspek yang dikaji. Kajian ini sangat penting kerana ianya boleh menyedarkan pelajar bahawa media sosial boleh mempengaruhi akhlak yang negatif seterusnya membantu seluruh pendidik di semua peringkat memperbaiki sistem pengajaran mereka dengan menekankan elemen-elemen yang berkaitan bagi mengelakan masalah sosial negatif dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mohd Fadhil Aziz, & Mardzelah Makhsin. (2024). PENGARUH MEDIA SOSIAL TERHADAP PENAMPILAN AKHLAK. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(42). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3316
Issue
Section
Articles