PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI

Authors

  • Fauziah Md Jaafar Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia
  • Tengku Faekah Tengku Ariffin Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia
  • Khaliza Saidin Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia
  • Fahainis Mohd Yusof Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia

Abstract

Pusat pengajian tinggi menghadapi pelbagai cabaran dan halangan dalam melahirkan graduan berkualiti yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga berkembang secara holistik, bersedia untuk menghadapi ke pasaran kerja setelah tamat pengajian mereka di universiti. Ikuran isu ini, perkembangan psikososial yang mantap serta pengalaman belajar amat perlu kepada pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi. Institusi pengajian bertanggungjawab menyediakan pengalaman belajar serta program yang berkualiti dan relevan dengan kehendak industri pasaran kerja agar pelajar dapat mengaplikasi ilmu yang mereka perolehi di pusat pengajian. Melalui kaedah tinjauan, seramai 347 pelajar telah memberikan respon terhadap soal selidik kajian yang mengandungi sebanyak 61 item. Analisis data secara deskriptif dijalankan bagi melihat tahap perkembangan psikososial pelajar Dapatan kajian menunjukkan faktor Penentuan Matlamat adalah tertinggi (M=4.07) dan melebihi min skor bagi faktor Perkembangan Autonomi dan faktor Perkembangan Hubungan Interpersonal. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa faktor Penentuan Matlamat merupakan faktor Perkembangan Psikososial yang paling mantap. Ini menggambarkan bahawa keupayaan responden untuk menentukan matlamat hidup mereka adalah lebih tinggi berbanding faktor-faktor lain. Diharapkan kajian ini dapat memberi garis panduan dan sokongan sokongan secara empirikal terhadap Teori Perkembangan Psikososial untuk menjelaskan sumbangan pelajar dalam meningkatkan pembangunan psikososial mereka. Dari segi praktikal, pelajar perlu didedahkan kepada lebih banyak peluang dan pengalaman sepanjang mereka berada di universiti.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Fauziah Md Jaafar, Tengku Faekah Tengku Ariffin, Khaliza Saidin, & Fahainis Mohd Yusof. (2024). PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(42). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3319