PROSEDUR PENGAJARAN RUMUSAN PETIKAN MENENGAH ATAS DALAM KALANGAN GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) MAAHAD KAWALAN, KELANTAN

Authors

  • Mohd Shafie Mohamad Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia
  • Rozita Radhiah Said Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia
  • Azhar Md. Sabil Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia
  • Mohd Mursyid Arshad Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia

Abstract

Sukatan baharu Kurukulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dibangunkan untuk mengantikan sukatan yang lama bertujuan meningkat kebolehan murid bersaing di peringkat global. Sukatan ini mula digunakan di seluruh sekolah untuk menengah atas bermula sepenuhnya pada sesi persekolahan 2021. Justeru, Kajian ini diajalankan bertujuan untuk melihat prosedur pengajaran Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) mengajar rumusan petikan bahagian C mengikut format pentaksiran berpandukan sukatan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (DSKP-KSSM). Selain itu, kajian ini juga meninjau penulisan perancangan pengajaran rumusan dalam Buku Persediaan Mengajar (BPM) mengikut prosedur yang ditetapkan dalam kalangan GSTT di Maahad Kawalan negeri Kelantan. Berdasarkan tinjauan awal yang dibuat pengkaji mendapati terdapat kelemahan dalam prosedur pengajaran merumus petikan dan penulisan perancangan pengajaran beberapa bahagian dalam Buku Persediaan Mengajar. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif berbentuk kajian kes dengan instrumen temu bual, perhatian dan analisis dokumen serta Teori Pembelajaran Penerimaan David Ausubel sebagai asas kajian . Selain itu, kajian ini dijalankan ke atas 2 orang peserta kajian dalam kalangan GSTT yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan empat di Maahad Kawalan. Dapatan kajian menunjukkan GSTTA (A) dan GSTT (B) tidak melengkapkan sesi pengajaran rumusan dalam dua sesi pemerhatian yang dijalankan menggunakan borang senarai semak.pengkaji dapat menjelaskan bahawa GSTT lemah dalam prosedur pengajaran petikan rumusan mengikut Sukatan Pelajaran yang telah disusun dalam format pentaksiran DSKP – KSSM Bahasa Melayu untuk soalan bahagian C. Selain itu, Pengkaji mendapati, penulisan Buku Persediaan Mengajar (BPM) dalam kalangan GSTT tidak mengikut RPT Bahasa Melayu dan cara penulisan kurang jelas terutama pada bahagian objektif, aktiviti dan impak pengajaran setalah diukur menggunakan borang penskoran SKPMg2. Implikasi kajian ini ialah, calon GSTT yang dilantik perlulah diberi pendedahan dan kursus tentang sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kursus dan latihan kemahiran menulis BPM perlu diberikan terlebih dahulu kepada GSTT supaya mereka mendapat pendedahan dan kemahiran menulis BPM yang tepat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohd Shafie Mohamad, Rozita Radhiah Said, Azhar Md. Sabil, & Mohd Mursyid Arshad. (2024). PROSEDUR PENGAJARAN RUMUSAN PETIKAN MENENGAH ATAS DALAM KALANGAN GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) MAAHAD KAWALAN, KELANTAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(42). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3325