KECERDASAN HISBAH SOSIAL DAN KEMENJADIAN MURID SEKOLAH MENENGAH

Authors

  • Mardzelah Makhsin School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Nor Hasimah Ismail School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Sawan @ Mohammad Syawal Narawi School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Hasanah Mohd Syukri Kementerian Pendidikan Malaysia, Malaysia
  • Mohamad Fadhli Ilias Kementerian Pendidikan Malaysia, Malaysia

Abstract

Hisbah adalah kawalan kendiri dan sosial terhadap pematuhan segala perintah Allah SWT iaitu amar makruf nahi mungkar. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti komponen dan tahap hisbah sosial dan kemenjadian murid dari aspek akhlak. Tujuan kajian ini juga untuk mengenal pasti hubungan kecerdasan hisbah sosial dalam membentuk kemenjadian murid-murid sekolah menengah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan 281 orang murid. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi 55 item, terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu latar belakang murid, kecerdasan hisbah sosial dan kemenjadian murid. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan peratus, kekerapan, skor min, sisihan piawai, ujian-t dan korelasi Pearson. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan purata skor min berada pada aras tinggi bagi tahap hisbah sosial (mean=4.17) dan kemenjadian murid (mean=3.73). Hasil analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan yang sederhana antara kecerdasan hisbah sosial (r=0.439, p<0.01) dengan kemenjadian murid-murid sekolah menengah. Kajian boleh dijadikan panduan oleh pihak-pihak yang berkaitan termasuklah murid, ibu bapa, guru, pihak sekolah dan komuniti masyarakat untuk mengawal dan meningkatkan kecerdasan hisbah sosial yang bertujuan membentuk keperibadian insan soleh yang melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mardzelah Makhsin, Nor Hasimah Ismail, Sawan @ Mohammad Syawal Narawi, Hasanah Mohd Syukri, & Mohamad Fadhli Ilias. (2024). KECERDASAN HISBAH SOSIAL DAN KEMENJADIAN MURID SEKOLAH MENENGAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(42). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3326