TAHAP KERISAUAN, DEPRESI DAN STRES GURU SEKOLAH SWASTA TERHADAP PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Authors

  • Nurhafiza Ab Majid Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Shahlan Surat Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Abstract

Sejajar dengan revolusi pendidikan masa kini, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilihat penting dalam meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah terutamanya di sekolah-sekolah swasta di Malaysia. Namun begitu, tanpa kesediaan untuk memaksimumkan penggunaan ICT, telah mencetuskan kerisauan, depresi dan stres dalam kalangan guru sekolah swasta. Berikutan itu, kajian tinjauan ini telah dijalankan secara kuantitatif terhadap 70 orang guru sekolah swasta sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Hasil dapatan kajian menunjukkan responden kerap berasa letih setelah selesai sesi P&P dengan penggunaan ICT (M=3.71), kerap menghadapi masalah kesihatan seperti ketegangan otot, iritasi mata dan sakit kepala dengan penggunaan ICT secara berterusan dalam sesi P&P (M=3.67). Hasil analisis korelasi Pearson terhadap perkaitan antara hubungan kerisauan, depresi dan stres dengan masa penggunaan ICT dalam P&P selama seminggu (r=0.643). Secara keseluruhan hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kerisauan, depresi dan stres guru sekolah swasta terhadap penggunaan ICT dalam P&P berada pada tahap sederhana (M=2.77) dan pihak bertanggungjawab perlu menangani permasalahan ini dengan membangunkan tatacara pengendalian piawai (SOP) yang bersesuaian terutamanya mengenai jumlah masa yang seharusnya diperuntukkan dalam sesi P&P dalam seminggu seterusnya dapat membantu guru merancang keseimbangan hidup berkeluarga dengan tugasan hakiki di sekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nurhafiza Ab Majid, & Shahlan Surat. (2024). TAHAP KERISAUAN, DEPRESI DAN STRES GURU SEKOLAH SWASTA TERHADAP PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(42). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3329