MOTIVASI, KUALITI DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN PEREMPUAN DALAM BIDANG KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur dan mengenalpasti tahap motivasi, kualiti dan kebolehpasaran graduan perempuan dalam bidang kemahiran di kolej vokasional bagi negeri Perlis. Seramai 288 orang graduan perempuan yang mengikuti program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan DVM (Diploma Vokasional Malaysia) di Kolej Vokasional Kangar dan Kolej Vokasional Arau yang datang dari 12 jenis kursus pengajian yang berbeza. Instrumen kajian menggunakan set borang soal selidik. Rekabentuk kajian adalah jenis kajian kes melalui pendekatan secara kuantitatif. Kajian ini melibatkan analisis statistik secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS versi 22. Keputusan dapatan menunjukkan motivasi intrinsik berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min bersamaan 4.26 begitu juga dengan motivasi ekstrinsik berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min sebanyak 3.85. Dapatan kajian ini juga menunjukkan tahap kualiti graduan perempuan bagi kedua-dua buah kolej vokasional berada pada tahap yang tinggi berdasarkan nilai skor min yang diperolehi sebanyak 4.14. Manakala ujian korelasi pearson mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kualiti graduan perempuan terhadap kemahiran graduan perempuan di kolej vokasional. Kesimpulannya, kajian ini diharap dapat membuka ruang perbincangan lanjut serta membantu pihak yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan program dalam meningkatkan lagi motivasi, kualiti dan kebolehpasaran graduan di kolej vokasional.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Jamilah Yusof, & Aliff Nawi. (2024). MOTIVASI, KUALITI DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN PEREMPUAN DALAM BIDANG KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(42). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3331
Issue
Section
Articles