ELEMEN PENGETAHUAN PEDAGOGIKAL KANDUNGAN (PPK) GURU KELAS KHAS KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN (KKQ) DALAM PENGAJARAN TAJWID AL-QURAN
Abstract
Ilmu al-Quran merupakan salah satu daripada ilmu paling penting dalam Islam. Justeru ilmu ini perlu diajar kepada orang Islam sebagai bekalan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Antara ilmu al-Quran yang wajib dikuasai ialah kemahiran tajwid al-Quran. Kemahiran ini sangat penting untuk memastikan ayat al-Quran dibaca mengikut hukum dan kaedah bacaan yang betul dan maksud ayat yang dibaca selari dengan maksud ayat yang sebenar. Bagi mencapai Hasrat ini, guru al-Quran termasuk guru Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ) perlu menguasai kaedah pengajaran tajwid al-Quran yang berkesan dengan menguasai Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK). Kajian terdahulu mendapati guru KKQ mempunyai kurang pengetahuan mengenai PPK dan aplikasi pengetahuan ini pengajaran tajwid al-Quran berada pada tahap yang rendah. Justeru, kertas konsep ini membincangkan mengenai elemen PPK yang perlu dikuasai oleh guru KKQ dalam pengajaran tajwid al-Quran. Berpandukan teori dan kajian lepas, kajian ini mencadangkan lima elemen PPK yang perlu dikuasai oleh guru KKQ untuk menghasilkan pengajaran berkesan dalam pengajaran tajwid al-Quran iaitu pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi, pengetahuan tentang pelajar dan pengetahuan kurikulum dan kemahiran al-Quran guru.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Jahidih Saili. (2024). ELEMEN PENGETAHUAN PEDAGOGIKAL KANDUNGAN (PPK) GURU KELAS KHAS KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN (KKQ) DALAM PENGAJARAN TAJWID AL-QURAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(42). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3332
Issue
Section
Articles