PENGARUH PEDAGOGI DALAM PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Authors

  • Ilangko Subramaniam School of Languages, Literacies and Translation, Universiti Sains Malaysia, Malaysia

Abstract

Kemahiran insaniah atau soft skills merupakan kecekapan bukan akademik yang melengkapi pencapaian akademik seseorang pelajar bagi menghadapi alam pekerjaan pada masa hadapan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kaedah penerapan kemahiran insaniah dan jenis kemahiran insaniah yang diberi penekanan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah menengah di sembilan sekolah terpilih di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Kajian ini melibatkan kaedah temu bual bertumpu (focus group interview) dan temu bual individu yang terdiri daripada 119 pelajar tingkatan empat dan 26 orang guru Bahasa Melayu. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kemahiran insaniah diterapkan secara langsung dan secara tidak langsung menerusi pelbagai aktiviti pembelajaran Bahasa Melayu. Responden dari enam buah sekolah harian kurang mendapat pendedahan tentang kemahiran insaniah berbanding dengan responden dari sekolah berprestasi tinggi (SBT). Antara kemahiran insaniah yang dikenal pasti dalam kajian ini ialah kemahiran bekerjasama dalam kumpulan, keyakinan diri, berkomunikasi, berfikir secara kritis, kepimpinan, kemahiran mempengaruhi, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dan kemahiran menyelesaikan masalah. Kemahiran berkomunikasi dan kemahiran kerja berpasukan merupakan antara kemahiran insaniah yang paling banyak dikesan di ketiga-tiga buah sekolah berprestasi tinggi yang terlibat dalam kajian ini. Sementara itu, aktiviti yang dijalankan untuk menerapkan kemahiran insaniah ialah perbincangan dalam kumpulan, pembentangan, lakonan, deklamasi puisi, bercerita, pengucapan awam, forum dan soal jawab. Walaupun kajian ini tidak menyeluruh dari segi bilangan sekolah dan responden namun dapatan kajian ini penting untuk menjelaskan kedudukan sebenar tahap penguasaan dan penerapan kemahiran insaniah khususnya di sembilan kes kajian ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Ilangko Subramaniam. (2024). PENGARUH PEDAGOGI DALAM PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(42). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3333