HUBUNGAN ANTARA MOTIVASI DENGAN EFIKASI KENDIRI GURU DI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI, SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN DAN SEKOLAH MENENGAH HARIAN DI NEGERI PULAU PINANG

Authors

  • Suhaima Ali Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Mohamad Khairi Haji Othman Universiti Utara Malaysia

Abstract

Sejak kebelakangan ini, berlaku peningkatan bilangan guru yang kurang mempunyai motivasi dan efikasi kendiri dalam menjalankan tugas. Fakor ini menyebabkan berlaku penurunan ketara prestasi dan produktiviti sekolah. Oleh itu, dengan mengetahui tahap motivasi guru dan tahap efikasi kendiri guru, maka saranan yang dikehendaki oleh kerajaan untuk melahirkan guru-guru yang berkualiti serta berprestasi tinggi akan diketahui dengan lebih jelas lagi. Justeru, isu untuk melahirkan guru yang berkualiti serta berprestasi tinggi ini digunakan untuk menjawab soalan kajian serta memenuhi ruang-ruang kajian yang terdapat dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara motivasi dan efikasi kendiri guru di Sekolah Menengah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster Kecemerlangan dan juga Sekolah Harian Biasa di negeri Pulau Pinang. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam proses pengumpulan data kajian ini. Instrumen kajian terdiri daripada tiga bahagian; iaitu demografi, motivasi guru dan efikasi kendiri guru sekolah menengah. Sampel kajian terdiri daripada 122 guru sekolah menengah di tiga buah sekolah di negeri Pulau Pinang. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan pelbagai ujian, iaitu ujian T-Sampel Bebas, ANOVA satu arah, dan analisis korelasi Pearson dengan menggunakan perisian SPSS. Penemuan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan motivasi guru berdasarkan kategori umur guru dan tempoh berkhidmat guru. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat juga perbezaan yang signifikan efikasi kendiri berdasarkan tempoh berkhidmat. Ujian analisis korelasi turut menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara motivasi guru dan efikasi kendiri dengan bermagnitud lemah. Oleh itu, motivasi guru dan efikasi kendiri guru memerlukan perhatian kerana ia mampu meningkatkan kecekapan dalam kalangan guru sambil meningkatkan kualiti sistem pendidikan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Suhaima Ali, & Mohamad Khairi Haji Othman. (2024). HUBUNGAN ANTARA MOTIVASI DENGAN EFIKASI KENDIRI GURU DI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI, SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN DAN SEKOLAH MENENGAH HARIAN DI NEGERI PULAU PINANG. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(42). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3334