SATU KERTAS KONSEP HUBUNGAN ANTARA PENDAPATAN IBU BAPA DAN TAHAP LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN MAHASISWA DAN MAHASISWI DI UNIVERSITI
Abstract
Pendapatan ibu bapa merupakan salah satu daripada faktor yang boleh mempengaruhi literasi kewangan seseorang. Hal ini kerana salah satu daripada sumber pendapatan mahasiswa dan mahasiswi untuk menjalani kehidupan ialah melalui sumber kewangan daripada ibu bapa. Oleh itu, kewangan yang diperolehi akan menentukan bagaimana seseorang dapat menguruskan perbelanjaan mereka. Tambahan lagi, pengurangan pendapatan ibu bapa akibat pandemik Covid-19 menyebabkan pendapatan mahasiswa dan mahasiswi berkurang. Meskipun terdapat pengurangan pendapatan dalam kalangan ibu bapa, mahasiswa dan mahasiswi masih berbelanja melebihi kemampuan dan tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik. Hal ini kerana, tahap literasi kewangan yang rendah menyebabkan seseorang itu tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik. Pengurusan kewangan yang baik dapat membantu mahasiswa dan mahasiswi menghindari diri daripada tekanan kewangan dan pelbagai masalah kewangan yang lain. Menyedari kepada permasalahan dan kepentingan literasi kewangan dalam kehidupan, terdapat penyelidikan dilakukan untuk mengenal pasti hubungan antara pendapatan ibu bapa dan literasi kewangan. Namun hasil yang diperoleh oleh penyelidik terdahulu adalah bercampur-campur. Oleh itu, kajian ini memfokuskan untuk memperkenalkan satu kerangka konsep berkaitan hubungan antara pendapatan ibu bapa dan literasi kewangan mahasiswa dan mahasiswi.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Crister Kujat, & Nur Yuhainis Ab Wahab. (2024). SATU KERTAS KONSEP HUBUNGAN ANTARA PENDAPATAN IBU BAPA DAN TAHAP LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN MAHASISWA DAN MAHASISWI DI UNIVERSITI. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(42). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3338
Issue
Section
Articles